Menerusi laporan media antarabangsa semalam, Kerajaan Turki telah menukar status Hagia Shopia, yang sebelum ini dijadikan sebagai muzium kepada masjid semula.
Berita tersebut diumumkan Presiden Turki
Difahamkan, berita penukaran status salah satu bangunan ikonik bersejarah di negara itu diumumkan oleh Presiden Turki sendiri, Recep Tayyep Erdogan.
Hagia Sophia dibina sebagai sebuah katedral kira-kira 1,500 tahun yang lalu ketika pemerintahan empayar Byzantine di Constantinople, yang hari ini dikenali sebagai Istanbul.
Hagia Sophia salah satu tapak warisan UNESCO
Kawalan ke atas Hagia Sophia kemudian diambil alih oleh Empayar Uthmaniah yang menakluk Constantinople dan ditukar kepada masjid pada 1453.
Pada 1934, status Hagia Sophia ditukar sekali lagi menjadi muzium dan merupakan salah satu Tapak Warisan UNESCO.
Solat jumaat pertama pada 24 Julai
Menurut Erdogan, solat jumaat pertama akan dianjurkan pada 24 Julai ini.
“Dengan kuasa Tuhan, kita akan melakukan solat Jumaat bersama-sama pada 24 Julai dan membuka Hagia Sophia untuk beribadah” lapor BBC.
Masjid Hagia Sophia terbuka kepada semua
”Seperti masjid-masjid lain yang ada di Turki, Masjid Hagia Sophia terbuka kepada semua warga tempatan dan pelancong asing, Muslim dan bukan Muslim,” katanya.
Media antarabangsa juga melaporkan penukaran status Hagia Sophia mungkin menimbulkan bantahan daripada beberapa buah negara antaranya adalah Greece