Bagi yang gemar memasak, periuk jenis pressure cooker antara salah satu perkakas yang akan ada di daour.
Kelebihan periuk jenis pressure cooker menjadi pilihan ramai kerana ianya mampu mempercepatkan proses masakan.
Walaubagaimanapun, disebalik kelebihan pressure cooker dalam membantu memendekkan masa masakan, penggunaan periuk jenis ini perlu dikendalikan dengan betul.
Ini kerana, pengguna boleh terdedah kepada risiko pressure cooker untuk periuk meletup jika ia salah dikendali.
Menerusi Facebook Shah Shahrolnizam, berkongsi kisah dirinya yang melecur teruk selepas pressure cooker digunakannya meletup.
Pressure cooker meletup
“Ni saya nak cerita sikit. Benda ni terjadi pada tahun lepas. 3bulan sebelum majlis nikah saya”.
“Terjadi pada bulan 8 (26/08/19) jam 10:35am. Waktu tu saya tengah siapkan oder catering utk 40pax di cafeteria saya di bangsar”.
“Nak setup catering pkul 11pagi. Jadi keadaan semakin singkat. Agak sedikit rushing disitu. nak dijadikan cerita, saya baru beli Pressure Cooker”.
Saya tengah rebus daging ketika itu
“Di manual book tulis, after bunyi “wisel” boleh bukak. Maknanya dah settle lah masak. Ohh saya rebus daging waktu tu”.
“Lupa nak cakap. After wisel bunyi, saya still lagi tarik button wisel tu utk keluarkan pressure dalam tu”.
“Then lepas dah sette tarik button tu angin xklur lagi so dah xde pressure lah kan. Pastu saya bukak, bukak punya bukak”.
Saya macam orang kena simbah asid
“Cubaan untuk bukak gagal. Dan saya paksa bukak. Paksa punya paksa. BOOMB!! Pressure Cooker tadi meletup”.
“Dan hasil letupan tadi jadi lah macam ni. Saya macam orang kena simbah asid. Hanya tuhan je yang tahu keadaan saya masa tu”.
“Syukur Alhamdulillah kehadrat illahi, saya sempat dikejarkan ke Klinik berhampiran. Keadaan agak panik waktu tu, saya just sempat cuci muka je masa tu. Dan terus ke Klinik”.
“Sesiapa yang tak pernah guna pressure cooker atau yang nak beli pressure cooker pastikan ada tahu cara guna dan berhati2 ketika menggunakannya”.
Pakailah pakai yang sesuai ketika di dapur
“Para perjuang senduk kuali di dapur. Hati2 lah ketika menjalankan tugas. Pakailah pakaian yang sesuai”.
“Anda yang menjalankan tugas anda yang tahu mengendalikannya. Buat para2 SUAMI @ bakal suami di luar sana”.
“Pesan lah pada kaum keluarga anda dan perhatikan anak2 anda dan jauhkan dari anak anda. Ingat kawan2, ini bukan kemalangan. Ini rezeki allah bagi”.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan teladan kepada semua orang diluar sana. Sentiasa berhati-hati kerana kemalangan boleh berlaku dimana-mana.