Satu khabar gembira apabila dengan sekali lafaz, ahli perniagaan Nurida Suraya, 30, sah bergelar isteri kepada pereka fesyen terkenal tanah air Rizman Nordin, 35.
Sementara itu, majlis akad nikah diadakan di ruang acara Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur pada pagi 13 September lalu yang dihadiri oleh teman-teman rapat dan rakan selebriti.
Ramai rakan selebriti yang turut hadir pada majlis itu antaranya Nur Fazura, Datu Seri Siti Nurhaliza dan Erra Fazira.
Turut hadir memeriahkan lagi majlis adalah sahabat baik Rizaman dan Ruzaini serta pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat.
Pasangan ideal ini telah memilih Maldives sebagai tempat berbulan madu mereka selepas 13 hari diijabkabulkan.
Merpati dua sejoli ini turut memuat naik beberapa keping gambar dilaman sosial Instagram berkongsi momen indah itu bersama pengikut mereka.
Rizman yang merupakan yang merupakan seorang pereka fesyan terkenal mengabadikan momen indah bersama isteri disana.
Pasangan romantik ini mengikat tali pertunangan pada 6 Jun yang lalu selepas satu tahun mengenali hati budi masing-masing.