Connect with us

Semasa

[FOTO] “Saya bagaikan bermimpi” Pemuda Terengganu Berjaya Pikat Hati Gadis Itali

Seorang Pembantu Tadbir Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohamad Khalies Hami Hamzah, selamat dinikahkan dengan gadis dari Itali, Giovanna Khadija Wolswijk, 25, dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan itu dilaksanakan oleh jurunikah, Datuk Ismail Ali di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud UMT pada 14 Februari yang lepas.

Bagai mimpi

Menurut Khalies, dia rasa bagai bermimpi apabila dapat memperisterikan seorang wanita Itali, lapor Harian Metro.

“Saya bagaikan bermimpi apabila memperisterikan wanita Itali,”

Perkahwinan di antara jejaka dari Kampung Kubang Tangga dan wanita Itali itu turut dihadiri oleh ahli keluarga Giovanna Khadija iaitu ibu, Hendrina Johanna Van Middelkoop, 62, dan bapa, Theodorus Wolswijk, 62.

Peluk Islam tahun lepas

Sebelum ini, Giovanna Khadija penuntut Sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT selepas tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT pada 18 Jun tahun lalu.

Khadija memeluk Islam pada satu Majlis Syahadah yang diadakan di Masjid Pusat Islam UMT pada 18 Jun 2019.

Khadija merupakan pelajar peringkat Master di Institut Oseanografi dan Sekitaran UMT.

Pada asalnya Khadija adalah penganut asal atheist dan tertarik dengan Islam setelah sering mendengar alunan al Quran dari pembesar suara masjid UMT.

Berkenalan menerusi Instagram

Menurut Khalies, dia berkenalan dengan Giovanna Khadija melalui Instagram (IG) selepas gadis itu memeluk Islam.

“Sejak daripada awal perkenalan kami di IG , saya membantu dia mendalami ajaran Islam termasuk membaca al-Quran,”


Khadija kini sudah menghafal lebih 10 surah lazim selain sedang menghafal surah al-Mulk.

“Giovanna Khadija sekarang membaca Iqra lima serta dalam proses mengenal bacaan al-Quran selain sudah pandai menunaikan solat dengan sempurna.”

Dalam masa empat bulan mengenali hati budi masing-masing, Khalies membuat keputusan untuk melamar wanita itu.

Pada mulanya, Khalies sendir tidak menyangka Khadija akan menerima lamarannya itu.

Mereka berdua kemudiannya melangsungkan perkahwinan pada tarikh 14 Februari sempena dengan tarikh hari pertama Khadija menjejakkan kaki di Malaysia.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Giovanna Khadija juga sekarang dalam proses mendalami ilmu agama bersama saya.”

Tersentuh dengan kesungguhan Khalies

Sementara itu, Giovanna Khadija berkata, dia berasa selesa dan yakin dengan keikhlasan suaminya sehingga mendorongnya menerima lamaran itu.

Menurutnya, pada mulanya dia berasa berbelah bahagi untuk berkahwin pada usia 25 tahun selain masih ingin melanjutkan pengajian ke bidang Doktor Falsafah (PhD).

Namun Khadija tersentuh hati selepas melihat kesungguhan dan keikhlasan suaminya itu.

“Paling penting suami seorang yang kuat pegangan agama seterusnya diyakini mampu membimbing saya mendalami Islam dengan baik,”

Semoga ikatan perkahwinan yang dibina di antara Kahlies dan Khadija akan berkekalan hingga akhir hayat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.