Connect with us

Semasa

[FOTO] Sebelah Tangan Menulis Sebelah Pangku Adik, Tersentuh Hati Lihat Anak Ini

Bukan semua dari kita bernasib baik mendapat kehidupan yang sempurna dan teratur. Ada diantara kita diluar sana masih bertungkus-lumus berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, beberapa keping gambar telah memperlihatkan seorang budak sedang menulis di dalam kelas memangku adiknya.

Bawa adik ke sekolah bersama

Apa yang lebih menyentuh hati adalah anak kecil ini baru berusia sekitar 8 ke 9 tahun yang turut datang ke sekolah membawa anak perempuaanya masuk ke dalam kelas.

Betapa cekal hati anak kecil ini apabila sekecil ini tetapi sudah mampu menjaga seorang adik dalam masa yang sama turut ke sekolah seperti kanak-kanak lain.

Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang, anak kecil ini juga sedar betapa besar memperolehi ilmu pengetahuan untuk masa hadapan.

Ilmu antara salah satu cara yang mampu mengubah kehidupan dan memastikan masa depan lebih terjamin.

Betapa matang seorang anak kecil ini. Diuji tanggungjawab dan masih berusaha untuk memajukan diri dalam masa yang sama menjaga si anak tanpa culas.

Sebelah tulis nota sebelah lagi pegang adik

Menerusi satu perkongsikan Miker Miker mengenai anak kecil ini mendapat perhatian ramai dan telah tular melihat kecekalan anak-anak ini menjalani kehidupan.

Kecekalan adik ini yang tidak putus semangat dengan kepayahan hidup yang dialami begitu menyentuh hati.

Dia dilihat tidak sedikit pon terganggu dengan kehadiran adiknya disisi ketika waktu pembelajaran dan tekun meneruskan kelas.

Kasih dan pengorbanan seorang abang 

Menerusi foto yang dikongsi jelas dapat dilihat meskipun sedang belajar di dalam kelas si abang masih tetap menjaga keperluan adiknya termasuk memberikan makan dan menidurkan adiknya.

Rata-rata netizen tersentuh dengan kecekalan dan kasih sayang kedua beradik ini yang tabah menjalani hidup mereka.

Semoga kanak-kanak ini dijadikan inspirasi kepada ramai, sesusah mana pun hidup yang kita tempuhi, jika kita nekad sudah pastinya kejayaan bakal menanti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.