Connect with us

Viral

[FOTO] Sedekah Air Berbuka, Lelaki Ini Mohon Doa Orang Ramai Agar Dikurniakan Anak

Pastinya setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga mahu menimang cahaya mata sendiri bagi menyerikan hidup mereka.

Namun tidak semua yang berkahwin dimurahkan rezeki menimang cahaya mata.

Ramai juga pasangan yang telah berkahwin masih berhoneymoon kerana lewat dikurniakan cahaya mata.

Mungkin rezeki mereka lebih kepada rezeki dalam bentuk yang lain. Jauh disudut hati mereka terdetik juga ingin mendapatkan cahaya mata.

Pastinya pelbagai usaha dilakukan bagi pasangan yang berusaha mendapatkan zuriat. Jika kita lihat ramai yang berjumpa dengan doktor pakar kehamilan, ramai yang bersedekah dan bermacam usaha dilakukan oleh pasangan suami isteri dalam berusaha memperoleh cahaya mata.

Apabila pelbagai usaha telah dilakukan oleh pasangan untuk mendapatkan cahaya mata yang masih belum kunjung tiba, pasti akhirnya mereka akan berserah kepada Ilahi sebagai langkah terakhir dalam perjalanan mereka mendapatkan cahaya mata.

Tular baru-baru ini seorang peniaga dibazar Ramadhan memberikan air percuma kepada pengunjung yang datang ke bazar kerana seorang insan yang berhati mulia bersedekah air percuma kepada semua orang dan meminta supaya orang ramai mendoakannya mendapat cahaya mata.

Bersedekah air percuma dan meminta orang ramia mendoakannya memperoleh zuriat

Perkongsian dari seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Herry Trolak yang berniaga air di bazar Ramadhan telah mengambil amanat satu pasangan suami isteri yang membeli kesemua airnya dan meminta air tersebut diberikan secara percuma kepada pengunjung bazar pada hari tersebut.

Pasangan suami isteri itu tidak mahu dikenali dan hanya meminta pengunjung yang mendapatkan air percuma mendoakan rezeki memperoleh cahaya mata.

Semoga pasangan yang bermurah hati itu dikurniakan cahaya mata yang mampu menyerikan lagi mahligai perkahwinan mereka.

 

Rezeki berkat bersedekah moga dimurahkan rezeki si penderma

Turut terkesan netizen yang melihat post berkenaan, orang ramai memuji tindakan pasangan itu melakukan amal jariah dibulan Ramadhan ini.

Rata-rata netizen mendoakan agar pasangan suami isteri itu memperoleh cahaya mata.

Air percuma habis awal

Perkongsian yang mendapat ribuan tanda likes dilaman sosial Facebook itu telah tular dan tidak lama selepas itu satu lagi post dimuat naik oleh Herry memberitahu orang ramai bahawa air percuma yang diberikan hari ini telah habis pada jam 5.30 petang.

Disebalik rezeki orang yang bersedekah ada rezeki kami. Disebalik rezeki kami ada rezeki keluarga kami, samalah juga rezeki semua orang pasti ada rezeki orang lain juga.

Sama-samalah kita panjangkan doa agar pemberi yang bersedekah itu cepat dikurniakan zuriatnya.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.