Sebelum ini, keluarga Ainul Mardhiah ada berkongsi di mana mereka mungkin akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Kisah Ainul mendapat perhatian ramai di media sosial sehingga mendapat perhatian Dr. Amalina Bakri yang berusaha membawanya ke UK untuk mendapatkan rawatan.
Akhirnya usaha Dr. Amalina berjaya dan membolehkan adik Ainul Mardhiah mendapat rawatan di luar negara dengan menggunakan kepakaran doktor di sana.
Ibu Ainul berkongsi khabar gembira apabila mereka akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
“Sedihnya sebab nak berpisah dengan nurse di waad ini. Semua nurse sangat baik hati, suka beri pujian pada Ainul”.
“Mereka menjaga Ainul dengan sangat baik dan lemah lembut. Goodbye nurse, tinggal lagi beberapa hari Ainul di sini”.
“Ainul pasti akan rindu dengan kalian”.
Terbaru, ayah Ainul Mardhiah menerusi laman Instagram miliknya berkongsi foto ibu Ainul sedang mengemas barang di bilik Ainul.
Foto tersebut memberi bayangan seolah-olah Ainul sudah mendapat kebenaran untuk pulang ke Malaysia.
Ahmad Safiuddin menulis “Semoga semuanya berjalan dengan lancar.”
Hari ini juga merupakan hari lahir ayah Ainul. Safiuddin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan.
Genap 24 tahun. Alhamdulillah dengan segala nikmat dan rezeki yang ada pada hari ini.
Masih dapat berada di sisi anak dan isteri serta keluarga yang tercinta.
Terima kasih yang mendoakan. Semoga doa doa baik itu Allah kembalikan semula kepada kalian sekeluarga. Amin!
P/s : Gambar tahun lepas
Semoga Ainul dan keluarga dipermudahkan urusan untuk balik ke tanah air.