Pelakon cantik, Anzalna Nasir sebelum ini baru sahaja selamat melahirkan putera sulungnya dua minggu lepas.
Semalam, Anzalna telah mengadakan majlis mentahnik cahaya matanya itu sempena 7 hari kelahirannya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya itu, Anzalna juga telah mengumukan nama yang diberikan iaitu Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif.
Syukur Alhamdulillah selesai acara mentahnik anak pada hari ke-7 kelahirannya. Nama dipilih Mohamad Eidrees bin Mohamad Hanif. (Eidulfitr+ Idrees is a variant of the Arabic name Idris which is the name of a Quranic prophet) ❤ #SunnahNabi #Tahnik #BerkatJumaat #BabyEidulfitr
Nama yangdiberikan adalah bersempena kelahirannya menjelang Aidilfitri dan juga nama Nabi Idris.
Anzalna yang menyambut hari raya di Melaka itu juga mengatakan dirinya seperti tidak percaya sudah mempunyai anak sendiri.
Katanya, selama ini hanya bermain dengan anak orang lain dan pada raya kali ini sudah mempunyai anak sendiri.
“Allah itu perancang terbaik dalam hidup kita. Sampai sekarang, masih tak percaya dah ada anak sendiri. Sebelum ni asyik main dengan anak orang ja.. missing @the_angguns family diorang sibuk beraya di Melaka! Swipe Left #Tahnik”
Rata-rata peminat memuji nama yang diberikan kepada putera Anzalna dan mendoakannya sentiasa sihat.
Sebelum ini, Anzalna Nasir telah selamat menimang cahaya mata pertamanya pada Jumaat lepas.
Baca: [VIDEO] Penantian 3 Tahun, Anzalna Nasir Selamat Lahirkan Cahaya Mata
Menurut suaminya Hanif Zaki, Anzalna telah melahirkan seorang bayi lelaki dengan keadaan yang sihat pada 31 Mei yang lalu.
Menerusi laman Instagram miliknya, Hanif memuat naik video saat menyambut kelahiran anak lelakinya itu.
Selamat hari raya aidilfitri buat Anzalna dan semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tersayang.