Connect with us

Selebriti

[FOTO] Suhu Badan Naik Lebih 40 Darjah Celcius, Anak Nadya Syahera Disahkan Influenza A

Pelakon Nadya Syahera memaklumkan bahawa anaknya, Mohamad Dayyan terpaksa di tahan di wad hospital selepas disahkan dijangkiti Influenza A. Bahkan, Nadya atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli, 27, berkata anak bongsunya itu mengalami demam panas sehingga mencecah 40 darjah celsius. “Semalam gigih sambut ulang tahun kelahiran kakak, tapi Dayyan badan memang dah tak berapa sedap […]

Pelakon popular Nadya Syahera telah memaklumkan di mana anaknya, Mohamad Dayyan terpaksa ditahan di wad hospital selepas disahkan dijangkiti Influenza A.

Menurut Nadya atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli, 27, anak bongsunya itu telah mengalami demam panas sehingga mencecah 40 darjah celsius.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Nadya menceritakan keadaan putera kesayangannya itu.

“Semalam gigih sambut ulang tahun kelahiran kakak, tapi Dayyan badan memang dah tak berapa sedap dah. Suhu naik turun.

“Sepanjang majlis semalam, asyik merengek dan lemah je. Jadi, selesai sahaja majlis semalam, suhu 39.8 darjah celsius.

“Pukul 2 pagi siap kemas rumah terus pergi hospital, ingat nak ambil ubat sahaja, tapi bila sampai hospital suhu dia makin naik 40.3 darjah celsius. Doktor masukkan ubat, ambil darah dan sampel swab hidung.

“Keputusan keluar, doktor cakap Dayyan kena Influenza A dan jangkitan bakteria. Jadi, check in lagilah hospital. Minta semua doakan Dayyan cepat sembuh ya,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NS (@nadyasyahera) on

Perkongsian Nadya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mendoakan agar anaknya itu kembali segera sembuh.

“Semoga cepat sembuh dan kalau boleh sekarang anak-anak jangan bawa tempat terdedah udara bebas dan orang yang dijangkiti bukan terus ada simptom,”

“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan Aamiin ya Rabbal A’lamin”

“Allahuakbar..semoga dayyan cepat sembuh dan kembali ceria..aminnn”

Terdahulu, Dayyan pernah dimasukkan ke hospital pada penghujung tahun lalu selepas mengalami suhu badan yang tidak menentu.

Nadya telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Fizul Nawi pada 25 September 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aleena Rose berusia tiga tahun dan Mohamad Dayyan berusia dua tahun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.