Connect with us

Selebriti

[FOTO] “Susah Nak Cari Isteri Artis Macam Ni” Achey Kongsi Gambar Isteri Jual Sate Di ‘Pasar Malam’, Netizen Respect!

Di dalam satu posting Instagram, netizen memuji isteri kepada naib juara Maharaja Lawak Mega 2018 ini. Achey memuat naik dua keping foto yang mengatakan tentang kerja isteri dan adik iparnya itu.

Walaubagaimanapun, netizen mula ‘respect’ kepada isteri Achey yang dikenali sebagai Anne yang sanggup menjual sate di pasar malam meskipun ramai tahu, Achey seorang yang terkenal.

Di dalam kapsyen, Achey menulis ‘duit akan habis tapi halal takkan habis’ membuatkan netizen puji cara pasangan ini yang tidak malu malah dikatakan ‘steady’ oleh netizen.

 

View this post on Instagram

 

Ni @anne_achey isteri saya dan adiknya.. .. .. .. P/s .. duit akan habis tapi halal takkan habis..

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Rata-rata netizen kagum dan memuji isteri Achey yang rajin membantu mencari nafkah untuk keluarga walaupun sudah bergelar selebriti.

Achey adalah juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3.

Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Achey juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Harun Salim Bachik.

Pada bulan November 2013 Achey telah bergabung bersama Kumpulan Bocik lalu diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013.

Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan Kumpulan Shiro selaku naib juara.

Pada musim berikutnya Maharaja Lawak Mega 2014 mereka mendapat tempat ke 5. Dan dua edisi seterusnya, mereka meraih gelaran juara pada tahun 2016 & 2017.

Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi.

Achey telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.