Setiap kanak-kanak pasti gembira mendengar restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) atau lebih sinonim dengan ayam gorengnya yang lazat sehingga menjilat jari.
Berkunjung ke restoran makanan segera KFC mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir insan.
Pertama kali Zahirah ke KFC
Namun begitu, tidak bagi seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Zahirah yang jarang dapat menjamah makanan segera itu akibat masalah kewangan.
Menerusi perkongsian di Facebook oleh Raja Shamri, seorang sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Thirdforce iaitu Niksabiha berkongsi kisahnya.
Kisah sukarelawan ini membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah restoran KFC buat kali pertama.
KFC ke ni kakak
“Lepas selesai urusan Adam di klinik, sempat singgah KFC kejap. Niat di hati nak belanja mereka berdua KFC. Mungkin sudah lama tidak menjamu KFC kerana kekangan kewangan.
“Abang Adam stay dekat kereta sebab kurang sihat. Jadi Adik Zahirah je yang turun sama”.
“KFC ko ni kakak? Adik tak pernah mari KFC?. Sama juga seperti 7E, adik Zahirah tidak pernah menjejakkan kaki ke KFC. Bila masuk ke dalam KFC, kami disapa oleh pekerja KFC”.
Kak nak beli
“Eh, ni Zahirah ya. wah harini boleh tengok live la. Biasanya tengok dalam fb je. Comelnya dia”.
“Wah famous jugak adik Zahirah ni yee. Macam biasalah dia, tidak lokek dengan senyuman. Pekerja KFC tu cakap dia pun merupakan follower page Abang Raja dan 3rd Force”.
“Kak nak beli” kata Zahirah.
KFC adalah makanan istimewa baginya
“Harini pengalaman pertama adik Zahirah di KFC. Beratur dan order sendiri. Berdiri pun sama tinggi dengan kaunter. Kecik sangat tuannya”.
“Jika nak dibandingkan dengan anak anak kita yang seusia mereka, pasti sudah bosan dengan KFC. Sudah terlalu biasa. Tapi tidak buat Adik Zahirah dan Adam”.
“Kerana kekangan kawangan, makanan seperti KFC adalah luar biasa, bukan sesuatu yang boleh dapat selalu”.
Mereka tidak pernah meminta
“Mereka tidak pernah meminta. Cuma sekali sekala terasa nak bawa anak anak seperti mereka merasai nikmat yang kita semua rasa. Doakan mereka, doakan kami semua ya”.
Semoga adik Zahirah dapat membesar dan berjaya pada suatu hari nanti. Diharap kisah ini dapat memberi pengajaran dan teladan kepada kita semua.