Boleh dikatakan semua orang pasti mengenali degan gadis Trivago Malaysia ini, Dahlia Shazwan Mohd Amin yang terkenal dengan tagline ‘Hotel? Trivago!’.
Dahlia merupakan seorang pengacara wanita berbakat yang turut mengacara rancangan HLive! di saluran Astro.
Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai di laman Instagram peribadi Dahlia Shazwan apabila dia berkongsikan fotonya yang kini berhijab.
“From the bottom of my heart, thank you pada semua yang mendoakan. Love you all.”
Rata-rata netizen dan pengikut di laman sosial miliknya itu mendoakan yang terbaik buat pengacara popular ini.
“Alhamdulillah, cantik sangat bertudung.” Itu antara komen yang ditinggalkan oleh para pengikutnya di laman Instagram.
Dahlia Shazwan turut sempat mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan dirinya.
Di dalam laporan Gempak, pengacara HLive! ini mengakui keputusan untuk berhijab disebabkan dirinya merasakan itu merupakan petunjuk diberikan Allah SWT.
“Saya dah balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat.”
Pada mulanya Dahlia mahu tingkatkan secara rohani terlebih dahulu namun merasakan Tuhan menunggunya untuk terus bergerak.
“Saya beritahu diri saya, nak tingkatkan secara rohani dulu barulah berhijab tapi makin hari rasa macam Tuhan tengah tunggu untuk saya bergerak.”
“Hati saya macam rasa berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau saya biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat petunjuk tu. Jadi, saya pakai hijab.”
Semoga Dahlia dapat istiqomah dan sabar dalam menghadapi ujian dengan penampilan terbarunya ini.
Dahlia atau nama penuhnya Dahlia Shazwan binti Mohd Amin dilahirkan pada 1 Jun 1988 dan merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia.
Dahlia dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai pemasaran, Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang dilahirkan pada 22 Februari 2018.