Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, DAtin Shahida berkongsi foto ketika fotoshoot pada tahun 2018.
Menerusi laman Instagram miliknya, Shahida berkongsi foto dirinya memakai turban, bukannya tudung seperti kebiasaannya.
“Gambar 2018 fotoshoot Cover Majalah apa pun lupa dah…bila tengok balik mcm dah buang tebiat..
“X sesuai saya mcm ni……x boleh nak carry sebab saya ni x pandai berfesyen.. muka pun x nampak ada confident kan
“Org biasa pakai tudung sarung tiba2 suruh pakai turban mmg kelaut la rasanya.”
Menurut Shahida, gambar tersebut diambil pada tahun 2018 di mana dia diminta untuk mengenakan turban.
Walau bagaimanapun, Shahida sendiri berasa tidak selesa dengan gaya tersebut.
Rata-rata netizen memuji kecantikan Shahida namun lebih menggemari Shahida memakai tudung seperti biasa.
“Betul3.. X sesuai.. Kita jgn jadi mangsa fesyen.. Biaq la org nk kata buta fesyen.. Pakaian muslimah dah cukup cantik.. X perlu over2 kejar dunia fesyen padahal x elok pon di pandang mata.. Cantik di mata Allah dah cukup kan kak..”
“Datin lebih sesuai bertudung litup..macam ni pon cantik..tapi bukan diri datin.”
“Cntik mcm biasa datin pakai..tp bkn ckp yg ni ta cntik..you alway cntik datin…tp mcm yg biasa lg ssuai”
“Datin lebih cantik dan sesuai dengan gaya tudung sempurna ini kureng sikit. Tapi muka tetap gorgeous”
Fakta menarik Datin Shahida
Shahida merupakan teman rapat kepada penyanyi popular kumpulan nasyid Solehah, Bienda.
Shahida juga pernah menjadi viral kerana membintangi iklan syampu Sunsilk suatu ketika dahulu.
Aliff Syukri dan Shahida mula berkenalan selepas kedua-duanya menjayakan peranan sebagai model Sunsilk, sebelum akhirnya bernikah dua tahun kemudian.
Shahida bersama anggota asal Solehah iaitu Bienda, Wan dan Shireen pernah membuat kemunculan semula dengan menubuhkan ‘Bienda & Friends’.
Di antara lagu-lagu yang dipopularkan Shahida bersama rakan kumpulannya seperti Nikmat Allah, Hadis Rasullullah, Rukun Iman Dan Rukun Islam, Penantian serta Renungkanlah.