Beliau turut menceritakan serba sedikit mengenai pengorbanan ibunya yang merupakan seorang ibu tunggal.
“Ibu saya, @mamasandha adalah ibu yang membesarkan kami adik beradik2 diatas penat lelah bekerja siang dan malam”.
“I am so proud of her, walaupun seorang ibu tunggal, masih mampu memberikan keselesaan dan membeli rumah buat kami tinggal”.
Tanpa kasih sayang dan kiriman nafkah bapa
“Kehidupan kami tidak senang, kesana kemari berbasikal, berpanas, tapi Alhamdulillah, kami bahagia, walau TANPA kasih sayang dan kiriman nafkah daripada seorang bapa , mama berjaya membesarkan kami sehinggabesar“tulisnya.
“Kenangan yang mampu membuatkan saya tersenyum. Hari Sabtu jalan2 dengan mama pergi pasar dan mama masakkan lauk sedap”.
Syukur Alhamdulillah, kami selalu bersykur
“Kami selalu bersyukur”.
“Sejak kecil, walaupun bukan hidup senang, Hari2 selalu pesan pada diri untuk bersederhana dan selalu bersedekah. Walaupun memberi makan pada haiwan, itu juga sedekah”.
“Syukur berkat kesyukuran, kini Allah gantikan dengan kebahagiaan , keselesaan Dan kesempurnaan kerana kini saya juga seorang ibu kepada iburayfalraysha dan anak dalam kandungan, Alhamdulillah” tulisnya lagi .
Hari-hari adalah hari ibu
“Selamat hari ibu buat mama ku , semoga mama diberikan kesihatan yang baik selalu dan semoga bahagia dunia akhirat”.
“Ya , Hari2 adalah hari untuk ibu tetapi hari ini (10 Mei , AHAD) Adalah hari yang diraikan di seluruh dunia”.
“Selamat hari ibu juga buat ibu mertua terbaik ku dan semua ibu yang ada didunia ini”.