Isteri kepada pengarah popular Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah baru saja selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada minggu lepas.
Melalui Instagram, Shamsul memaklumkan isterinya itu selamat melahirkan anak perempuan mereka pada petang sabtu yang lepas.
Terbaru, setelah genap seminggu, Puteri Sarah telah berkongsi wajah terbaru bayinya yang sangat comel itu.
Diberi nama Sumayyah, anak kedua mereka itu nyata sangat comel dan apa yang menarik perhatian para peminat adalah rambutnya yang sangat lebat.
Puteri Sarah berkongsi gambar anaknya dengan kapsyen berikut:
“My name is Sumayyah binti Mohd Shamsul. I am 8 days old”
Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat pasangan itu dan ada yang tak puas menatap wajah Sumayyah yang memiliki rambut yang sangat lebat itu.
Syamsul Yusof berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan mereka telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan mas kahwin berjumlah RM 1,111.
Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh kedua-dua ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.
Pada November 2016, Syamsul berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Puteri Sarah disahkan hamil anak lelaki.
Berita gembira itu diketahui ketika membawa isterinya membuat pemeriksaan kehamilan, dua minggu lalu.
Menurut Syamsul, beliau masih belum membuat sebarang persiapan kelengkapan bayi memandangkan mereka baru sahaja mengetahui jantina bayi mereka pada ketika itu.
Syamsul dan Puteri Sarah pada awalnya merahsiakan berita baik itu termasuk kepada ahli keluarga kerana mahu kandungan itu betul-betul kuat.
Syamsul juga memberitahu, isterinya turut mengalami alahan muntah dan cepat penat.Pada 19 April 2017, pasangan itu menyambut kedatangan cahaya mata sulung mereka — anak lelaki bernama Syaikhul Islam.
Manakala pada Julai 2018, Syamsul dan Puteri Sarah mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua dan pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah binti Mohd Syamsul.
Tahniah buat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah!