Semalam tular beberapa keping gambar Yang-Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menikmati makanan segera KFC di Temerloh.
Tiada sebarang istiadat dilakukan dan Baginda dan Raja Permaisuri berkelakuan seperti rakyat jelata memesan sendiri makanan dikaunter.
Baginda yang mengenakan persalinan lengkap berwarna putih itu baru selesai menunaikan solat jumaat.
Alangkah terkejutnya orang ramai yang melihat Baginda dan Raja Permaisuri tidak kekok membuat pesanan dan melakukannya semua secara sendiri.
Ternyata Baginda dan Raja Permaisuri begitu merendah diri dan mesra rakyat. Pada awalnya hanya Raja Permaisuri yang beratur dan memesan makanan kegemaran suaminya.
Kemudian, Baginda datang kepada Raja Permaisuri di kaunter untuk membantu memilih makanan mereka.
Selepas itu, mereka duduk di meja yang disediakan. Baginda dan Raja Permaisuri membuat satu lagi kejutan dengan makan menggunakan tangan.
Kisah ini diceritakan oleh salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin yang mengiringi Tuanku dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah sewaktu itu.
Selesai Melawat Mangsa-Mangsa Ribut
“Pagi tadi, saya ditugaskan oleh YAB MB DS Wan Rosdy Wan Ismail untuk ke Temerloh mengiringi keberangkatan KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong melawat mangsa-mangsa ribut di Temerloh bersama YB DS Mohd Sharkar dan YB DS Syed Ibrahim”.
“Selesai melawat rumah-rumah yang terlibat, Tuanku tiba-tiba kata nak makan kentucky. Lepas Jumaat kita pergi” titah baginda.
“Saya dan isteri DS Sharkar dan DS Syed Ibrahim dan beberapa orang isteri kenamaan lain mengiringi KDYMM Raja Permaisuri beristirehat di Istana Sri Udara sementara menunggu Tuanku selesai solat Jumaat”.
Tuanku Permaisuri Memesan Makanan Sendiri
“Setibanya kami di KFC hadapan SK Tanjung Lalang Temerloh, Sri Paduka Baginda YDPA telah pun menunggu. Kagum saya lihat, Tuanku Permaisuri spontan sahaja menuju ke kaunter untuk memesan ayam goreng perisa kegemaran suaminya”.
“Tidak lama kemudian Seri Paduka Baginda YDPA sendiri pula bangun ke kaunter untuk melihat sendiri menu dan membuat pesanan. Kami yang mengiring juga membuat pesanan masing-masing”.
“Raja Permaisuri menitahkan saya duduk disebelah baginda. Perut memang dah lapar, maka ayam goreng dihadapan saya memang nampak sangat menyelerakan. Saya menjeling ke sebelah”.
Jom! kita semua makan pakai tangan!
“Saya lihat sudah tersedia sudu garfu untuk kegunaan Tuanku. Dalam hati, tak puas lah nanti makan ayam goreng guna sudu garfu segala”.
“Dengan perlahan saya bisik kepada Raja Permaisuri, ” Tuanku, kalau dapat makan pakai tangan ni baru best..” Seperti yang saya jangka, Tuanku Permaisuri terus setuju.”
“Jom! kita semua makan pakai tangan!“.Haaa..lega saya.. jeling pula kepada SPB YDPA , baginda pun dah mula santap menggunakan tangan. ”
“Semua orang makan guna tangan ya!” Titah Tuanku Permaisuri kepada DS Sharkar, DS Sallehuddin Ishak dan Ds Syed Ibrahim serta isteri yang duduk dihadapan kami”.