Datin Anne Ngasri yang kini bergiat aktif dalam bidang politik selamat bersalin anak kelimanya di sebuah hospital di ibu negara pada petang Rabu.
Bayi perempuan yang dilahirkan dengan berat 3.22kg itu lahir lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor iaitu pada bulan Disember tahun ini.
Anne Ngasri berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya dengan memuat naik foto pertamanya bersama bayi comel itu di samping suami dan anak-anaknya yang lain.
“Allahuakbar dengan izin ALLAH saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg. Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH untuk rezeki yang ke-6 ini.
Sebelum ini Anne Ngasri pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro.
Bintang yang sebelum ini sinonim menerusi diri drama kanak-kanak, Cili Padi itu memaklumkan berita gembira berkenaan menerusi Instagram awal malam tadi.
“Assalammualaikum sahabat semua, Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg.“Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini. Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi,” tulisnya sambil merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan.“Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin. Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family,” maklum Anne.
Anne dan suaminya, Datuk Sumali Reduan mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2012. Menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Anne turut dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Jom lihat juga apa kata netizen dalam ruangan komen :
Alhamdulillah..tahniah semoga Allah SWT merahmati kehidupan ann sekeluarga
.
alhmdulilh … thniah datin anne … slmt brpntg ye
.
Alhamdulillah tahniah dan selamat berpantang
.
Waalaikumussalam.alhamdulillah.tahniah.selamat berpantang
.
Congrate datin.. Welcome baby girl. Moga sihat ya ibu & anak. Selamat berpantang.. Lepas ni juana plak
.
Tahniah..nk buat aqiqah baby boleh roger saya sis.pakar kambing golek aqiqah
.
Alhamdulillah. Tahniah. Semoga ibu dan baby sentiasa sihat
.
Waalaikummusalam….Alhamdulilah Tahniah Dik semoga sihat selalu & Selamat Berpantang.
Di sebalik kesibukan sebagai isteri dan ibu, serta tugas lain di arena politik, Datin Anne Ngasri mengakui masih merindui dunia lakonan.
Anne berkata dia tidak mungkin terus bersara dari dunia seni, apatah lagi ia sudah menjadi minatnya sejak kecil lagi.
“Sepatutnya saya ada buat kemunculan dalam filem Hero, tetapi disahkan mengandung sebelum penggambaran bermula. Jadi saya rasa lebih elok watak saya diberikan kepada orang lain.”
“Walaupun dah lama tak berlakon, ia bukan bermakna saya sudah tinggalkan dunia lakonan. Bohong kalau kata tak rindu, cuma masa membataskan saya untuk kembali ke set lakonan. Cuma jika ada peluang, saya akan selit berlakon di bawah produksi Darling.”
“Lebih mudah kerana boleh susun dengan jadual saya,”
Tambahnya, dia tidak mengalami alahan yang teruk pada kehamilan kali ini dan hanya merasa terseksa apabila dikehendaki meminum air gula bagi tujuan pemeriksaan kencing manis ketika hamil.
“Sebelum ini saya tak pernah minum air gula dan dimaklumkan ia sudah diwajibkan ke atas ibu mengandung sejak dua tahun lalu.”
““Saya juga tidak ada mengidam yang teruk-teruk, cuma suka memakan aiskrim,” katanya.