Apabila kita sibuk bekerja dan jarang menjejakkan kaki ke dapur untuk masak, pastinya kita akan berasa ‘kekok’ bukan?
Pun begitu, bila sudah duduk satu rumah dengan kawan-kawan, jika tak sempat untuk memasak, pastinya kita membantunya untuk membeli barangan keperluan
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang seorang lelaki tersalah membeli kentang untuk memasak kari mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @abangbullart, kelihatan dia sedang memasak kari ayam di dapur rumahnya.
Jadi, dia memerlukan bantuan rakannya untuk membeli ubi kentang untuk diletakkan di dalam kari tersebut.
Namun siapa sangka, rakannya pulang ke rumah dengan membawa french fries dan bukanlah ubi seperti yang diminta.
Dia yang tidak menahan ketawanya sempat merakam situasi lucu itu bahkan terkedu melihat perangai rakkannya yang naif tentang hal dapur.
Meninjau di ruangan komen, rata/rata warga netizen terhibur melihat ‘confident’ rakannya yang membeli french fries untuk diletakkan di dalam kari.
“Lain kali cakap ubi kentang bang. Dengan orang lelaki ni memang kena straight to the point” – Netizen
Tidak cukup dengan itu, netizen juga berseloroh mengatakan jika hendak meminta pertolongan daripada lelaki, kita perlu lebih ‘straight to the point’ dan jelas agar tidak tersalah.
Antara komen warga maya:
“bolehlah sekurang-kurangnya dia kenal kentang”
“lain kali nak suruh lukis dulu baru tak salah”
“hahaha otak jem sekejap nak marah tapi kena sabar”
“macam tu lah bini2 hadap laki dorang selama ni.. ha rasakan”
Video yang tular di laman TikTok: