Sambutan ambang merdeka selalu dijadikan alasan buat pasangan kekasih untuk meluangkan masa bersama. Ramai diantara anak muda menjadikan malam merdeka sebagai malam pemuas nafsu mereka samaada di dalam kereta ataupun di hotel bajet,
Terbaru, sepasang suami isteri merayu agar anak perempuannya dilepaskan selepas ditangkap khalwat bersama teman lelaki di sebuah hotel di Sungai Petani.
Waris berkenaan mengakui sedih dengan perbuatan terkutuk anak mereka sehingga terpaksa merayu agar anak itu dilepaskan tanpa dikenakan tindakan selanjutnya kerana malu diketahui umum.
Difahamkan, gadis berusia 20-an itu ditemui berdua-duaan bersama kekasihnya ketika serbuan dijalankan pasukan sukarelawan dikenali sebagai Skuad Badar di beberapa lokasi panas sekitar daerah Kuala Muda sempena ambang kemerdekaan.
Foto: Sinar Harian
Sementara itu, di sebuah hotel bajet dekat Sungai Lalang, dua pasangan ditemui berdua-duaan berusia lingkungan awal 20-an ketika diserbu kira-kira jam 1.40 pagi.Dalam serbuan sama, seorang lelaki yang masih belajar di sebuah pusat kemahiran di Jitra Kedah ditemui bersama pekerja restoran sebuah pasar raya dipercayai kekasihnya.
Manakala, seorang lagi lelaki ditemui berkhalwat bersama pasangan dari Merbok, dalam sebuah hotel bajet yang jaraknya kira-kira 10 kilometer sahaja dari rumah mereka.
Pengerusi Skuad Badar, Azhar Mohamad berkata, pihaknya bersama 40 anggota menahan sembilan pasangan kekasih pada malam ambang merdeka.
Menurutnya, kesemua mereka dibawa ke masjid untuk diberikan kaunseling dan amaran sebelum diserahkan kepada waris masing-masing.
“Tujuan kita ialah membanteras kegiatan maksiat sekali gus menyelamatkan dari berlakunya kewujudan anak luar nikah hasil daripada perbuatan zina yang dilakukan pada malam merdeka,” katanya.
Operasi bermula jam 1 pagi hingga 6.30 pagi itu tertumpu ke kawasan hotel bajet, motel dan rumah tumpangan sekitar daerah Kuala Muda yang kebanyakan agak tersorok dari pengetahuan umum.
Menjadi kelaziman Skuad Badar, kesemua yang dikumpulkan dibawa ke masjid dan diberikan tazkirah pada awal pagi hari yang sama di atas tanah perkuburan bagi memberi keinsafan.
Sumber: Astro Awani