Connect with us

#MalaysiaBaru

Gadis Backpacker Dirogol dan Dibunuh di Negara Pertama Yang Dikunjungi Dalam Trip Jelajah Dunia

Seorang wanita berusia 25 tahun, Maria Mathus Tenorio, memutuskan untuk mengadakan pengembaraan solo di seluruh dunia untuk berkongsi muziknya.

Destinasi pertama penyanyi dan producer muzik ini adalah Costa Rica, di mana mayatnya ditemui di pantai hanya seminggu selepas dia memulakan perjalanannya.

Maria menyiarkan gambar di media sosial sebelum memulakan perjalanan dengan mesej:

 “Today my trip starts after a long time wishing to travel all around the planet alone.”
“The time has arrived to be full of nature. Costa Rica, pure life”.

Kementerian Keselamatan Awam Costa Rica berkata bahawa Mathus Tenorio ditemui mati di pantai El Carmen, di sebuah resort popular di Santa Teresa del Cobano.

Ada sumber yang mengatakan bahawa Maria dan seorang wanita British yang baru dikenalinya di pantai ketika mereka diserang oleh dua lelaki yang cuba merompak mereka.

Bagaimanapun, wanita British tersebut berjaya melarikan diri dan mendapatkan pengawal keselamatan untuk meminta bantuan. Mathus Tenorio pula terperangkap dan penyerangnya dilaporkan telah menyerang, merogol da kemudia membunuhnya dengan menenggelamkan Maria di dalam laut.

Menurut Kementerian, dua suspek telah ditangkap yang dikenali sebagai Esquivel Cerdas dan Benavides Mendoza.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.