Bagi anak perempuan, ayah adalah lelaki pertama yang dia temui dalam hidupnya. Walaupun mereka memiliki ramai kenalan lelaki, seorang ayah tiada penggantinya.
Hati anak perempuan mana yang tak luluh bila dapat tahu ayahnya jatuh sakit? Seperti yang kita tahu, ayah selalu diumpamakan seperti kekasih pertama anak perempuan.
Sudah tentu berat bagi seorang anak perempuan untuk menerima kenyataan ayah yang berjuang untuknya tidak seperti dahulu lagi.
Seperti kisah gadis ini, ayahnya disahkan menghidap penyakit kanser pada seminggu sebelum tibanya Hari Raya Aidil Fitri.
Menurut anak tunggal ini, keadaan ini semakin sukar buatnya apabila doktor meminta persetujuan daripadanya untuk meneruskan prosedur merawat ayahnya.
Difahamkan, ibu gadis ini juga kurang sihat menyebabkan dia terpaksa membuat keputusan seorang diri.
Situasi yang dihadapi oleh gadis ini secara tidak langsung membuatkan dirinya gagal fokus bekerja akibat terlalu banya berfikir.
Oleh kerana keadaan ayahnya semakin kritikal, dikatakan lelaki itu tidak mampu lagi berjalan dan kurang makan.
Walau bagaimanpun, gadis itu masih berharap agar ayahnya dipanjangkan umur dan sihat seperti dulu kerana katanya masih banyak perkara yang ingin dia lakukan bersama ayahnya.
TikTok yang dikongsi @yiyahh._ ternyata mengusik hati ramai sehingga meraih tontonan sebanyak 112.3 ribu dan 13.9 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
@yiyahh._Simpan sini cause nobody gonna pat my shoulder saying “everything will be fine” 🙂 So doakan ayah saya cepat sembuh and sihat macam biasa 🤍♬ Ayah – Seventeen
Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada gadis ini. Selain berkongsikan pengalaman, doa-doa turut sempat dititip oleh pengguna TikTok yang lain.
Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok
“To her jodoh, please Im begging you jaga dia elok2. She suffer a lot. Be her supporter and always ada ssh sng dgn dia. Please🙏”
“Im so sensitive bila bab ayah ni since I tak rapat dgn dia.Tapi lately ni dia dah makin tak sihat and that hits me so hard 😭”
“I can’t stop crying😭 semoga diberi kesembuhan & dipermudahkan segala urusan ayah awak”
“my dad too 😭 Today ada biospy untuk tebuk bahagian cancer tu 😭😭 Doakan untuk abah i. Semoga dipermudahkan segalanya 😢”
“sumpah i nangis teresak esak. i’m sorry for you. semoga allah permudahkan urusan awak”
“my dear mom pass away due cancer stage 5.. u need to be prepared for the worse case scenario.. kita mmg takut kehilangan ..kunci utama, redha..”
“Ibu dapat tahu kanser terus stage 4 lepas tebuk letak kimopod buat kimoterapi only for 1 session ibu dah pergi menghadap ilahi,”
“his smileee🥺🥺 moga kuat sis dan moga diberi kesembuhan untuk ayah awak aamiin ya rabbal alamin :’) kuat tau♡”
“Hi sis I don’t know you but I hope you can be strong🥺 honestly I taktahu nk ckp cemana sbb I pun tak pernah lalui, tapi I harap you boleh buat—”
“I feel you🥺 5 yrs ago masa turn i jaga abah, dr bagitau abah depan i yang canser abah tahap 4 i senyum pastu i keluar dari wad masatu dunia i gelap”