Connect with us

Viral

Gadis Dakwa Makanan Dipesan daripada GrabFood Kena ‘Rembat’ Dengan Rider, Terkejut Tengok Tinggal Sisa Je

Bila memesan makanan melalui aplikasi, mesti ada saja benda yang tak kena jadi. Antaranya, makanan kena curi lah, dah bayar tapi makanan tak sampai lah dan macam-macam lagi.

Iospital phone repair gombak

Sepatutnya, sebagai seorang penghantar makanan, kenalah jujur dan amanah bila buat kerja. Tak baik tau aniaya orang yang tengah lapar. Nanti kalau kena report, diri sendiri juga susah.

Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang gadis telah menjadi suara untuk rakannya yang baru sahaja ditipu oleh rider GrabFood. Menurut pemilik video TikTok ini, rakannya kesal kerana makanan yang dipesan hanya tinggal separuh.

Oleh itu, mereka mengesyaki bahawa rider tersebut telah memakannya sebelum dihantar kepada pelanggan.

“Rider boleh makan kawan I punya makanan! Apa benda siak? Lapar tahu tak! Tunggu bukan main lama. Tengok-tengok sampai tinggal sisa. Nak kejar balik rider dah lesap,” luahnya.

Ketika ditanya berkenaan rider tersebut, dia berkata profile rider di dalam keterangan telefon dan juga rider yang sampai berlainan muka dari segi fizikalnya. Ia menyebabkan proses pengecaman muka susah untuk dikenalpasti.

“Tapi muka rider tu lain. Dalam (apps) macam orang tua sikit. Yang hantar macam umur 20-an dan gendut. Tu yang jem tu.” luahnya lagi.

Katanya, laporan sudah dibuat kepada pihak yang bertangunggjawab dan pihaknya sudah diberi pampasan berupa baucer makanan.

“Member sis bayar cash dan time tu rider tak bank in ke apa entah. Dah email semua lepastu dorang bagi voucher,” jelasnya.

Ketika meneropong ke ruangan komen, rupa-rupanya ramai di antara warganet yang pernah terkena dengan rider GrabFood seperti gadis ini dan bercerita pengalaman masing-masing.

Selain itu, mereka meminta gadis ini untuk mendedahkan identiti rider berkenaan agar orang lain tidak terkena. Bagaimanapun, ada juga yang menasihati gadis itu untuk membuat aduan kepada khidmat pelanggan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“berani dia buat main pasal makanan dengan perempuan😤”

“Allahu sian fatini.. tk bertanggungjawab rider tu 🥺”


“aku pernah order foodpanda aku dah lapar ni order siap ada burger sekali tapi burger tak ada and aku pelik kenapa plastic yg orang tu ikat terbuka 😭”

“expose je kak sape rider tu, kan ada detail hahahahah”

“Next time that happens,immediately take pic and chat the support specialist”

“Just ambil gambar and report to customer service. Balance diorg akan take care”

Video yang tular di laman TikTok

@makcik_mistik apa menda ni? @grabfoodmy ♬ original sound – Nblh Khms – Coach Amar

Continue Reading
Advertisement