Buat yang tiada pasangan kembar, mesti kadang-kadang ada rasa teringin nak ada kembar ataupun teruja nak tahu, macam manalah kalau hidup ada kembar?
Macam dalam movie kita selalu tengok, kembar selalu akan kemana-mana bersama-sama, luang masa bersama, semuanya lah sama-sama!
Kadang-kadang, ada yang menyamar jadi diri masing-masing tau!
Sama seperti yang dikongsikan oleh gadis yang mempunyai kembar ini apabila dia terpaksa menyamar menjadi saudara kembarnya ke tempat kerja atas hal tertentu!
Ingatkan dalam drama je jadi hal-hal aneh macam ni, tak sangka pula dalam dunia nyata pun ada!
Menurut gadis yang dikenali sebagai Hana Syaira ini, dia dan kembarnya pernah bekerja sekali di tempat yang sama. Jadi tak hairanlah dia tahu selok belok kerja kembarnya itu.
Tambahnya lagi, boss pejabat di tempat kerja mereka itu tahu bahawa mereka berdua kembar cumanya selalu terkeliru kerana wajah mereka yang sama.
Video turut memaparkan hampir kesemua pekerja yang ada di situ tidak dapat mengesan penyamaran gadis tersebut!
Sejak video ini dimuat naik beberapa hari lalu, ia tular dengan jumlah tontonan sebanyak 418.7 ribu dan 27 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen di TikTok! Turut ada yang teruja berkongsi pengalaman mempunyai kenalan kembar.
Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok
“aku ada kawan kembar. aku gelar dia adik and kakak. kakak dia ambil lesen kereta dulu dari adik dia. si adik siap bawa ic and lesen kakak dia weh 🤣🤣”
“imagine member dia cakap “jom sambung cerita pasal semalam””
“bestny ad kembaq.. blh tukar2 posisi cm drama2 dlm tv 😂”
“dulu masa duduk asrama,dorm sy ade kembar..hanya kwn rpat je boleh kenal..si kakak duduk asrama,si adik tak..klo kakak nk blik,si adik duk asrma😅”
“kasi scamm diaorg”
“tapi kan kembar ni kita boleh cam “perangai” 😂 mmg muka sama tpi perangai lain lain”