Connect with us

Global

Gadis Hampir Digilis Kereta Api Akibat Leka

Seorang gadis berusia 18 tahun nyaris maut digilis kereta api selepas dia tergelincir dari kereta api yang sedang bergerak laju, lapor Mail Online.

Gadis itu sedang dalam perjalanan di dalam kereta api dengan kelajuan 80 mph di Mumbai, India.

Dalam rakaman yang mengejutkan itu, beberapa orang dapat dilihat berdiri di dekat pintu keluar kereta api dan remaja itu berdiri memegang tiang dekat dengan pintu.

Beberapa saat kemudian dia bersandar keluar dari kereta api dan kakinya tergelincir.

https://www.youtube.com/watch?v=3jlSd4K2m28

Ketika dia mula melambai  tangan ke luar, kereta api lain dapat dilihat bergerak laju ke arahnya di trek yang bertentangan dan dia dilanggar agak kuat sehingga hampir terjatuh ke bawah.

Walaubagaimanapun, sebaik sahaja gadis itu tergelincir, tangannya sempat ditangkap oleh seorang penumpang yang menyedari kejadian itu.

Selepas gadis itu ditarik balik ke tempat yang selamat, dia kelihatan terpaku dan tersentak sedikit sebelum mengusap wajahnya.

Salah seorang penumpang Mahesh Mahatre berkata:

“Ini bukan kali pertama saya melihat kemalangan seperti itu. Remaja lelaki dan perempuan kebanyakannya suka berada dekat pintu keluar dan banyak kemalangan dan kematian telah berlaku pada masa lalu, tetapi mereka tidak akan mengambil iktibar.”

Banyak kematian telah dilaporkan pada masa lalu disebabkan oleh orang yang berada di hadapan pintu keluar semasa kereta api bergerak laju.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.