Jika ada benda ataupun produk yang viral, pasti ramai yang ingin mencubanya bukan? Terkadang, tak sempat anaknya beli, mak pula yang beli dahulu. Memang ‘advance’ betul mak mak zaman kini!
Seperti yang kita tahu, kebelakangan ini viral mengenai Lipstick Mawar Hitam yang dikeluarkan oleh pelakon Rozita Che Wan.
Ramai yang menyukainya tidak kira golongan umur kerana tekstur nya yang unik dan lain daripada yang lain.
Manakan tidak, Ia akan nampak hitam di bibir semasa mula-mula pakai dan kemudian bertukar menjadi merah apabila dikupas.
Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gadis ini berkongsi pengalaman tersalah pakai lipstick ibunya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hanan.afiqa, dikatakan ternampak satu lipstick di dalam bilik ibunya dan menyangka ianya adalah lipstick yang sedang popular pasa masa kini.
Tanpa berfikir panjang, gadis ini terus ‘curi-curi’ pakai namun dia pelik mengapa lipstick tersebut tidak bertukar warna merah dan kekal warna hitam.
Siapa sangka, rupa-rupanya yang dia pakai itu bukanlah lipstick tetapi pewarna untuk hitamkan ubat sekaligus membuatkannya ketawa tak henti-henti.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat gadis ini yang tersalah memakai lipstick.
Bukan itu sahaja, ada yang berseloroh mengatakan pada awalnya mereka menyangka ibu gadis ini adalah bekas ahli gothic kerana memakai lipstick berwarna hitam.
Antara komen warga maya:
“Ya Allah tak berhenti aku gelak.. tak expect weh untuk uban! HAHAHAAHAH”
“Adehh.. nasib baik aku tengok sampai habis.. Ingatkan mak dia bekas ahli gothic”
“Dengan aku sekali gelak dikk.. lawaklah kauuu”
“Itula.. curi2 pakai sangat..”
“Adoi berdekah auntie! tak pasal2 untuk uban letak kat mulut!”
Video yang tular di laman TikTok: