Connect with us

Semasa

Gadis Maut Ditetak Penyamun, Ibu Terlantar Sakit Jadi Saksi

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Syuhada ketika dia sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.

“Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

“Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut bapa mangsa, Ismail Muda, mereka hanya menyedari insiden itu kira-kira jam 2 petang selepas anak bongsunya pulang dari sekolah.

Katanya sebelum itu adiknya beberapa kali menghubungi mangsa namun tiada jawapan dan menyebabkan adiknya pulang sendiri berjalan kaki.

Namun, sejurus tiba di rumah adiknya yang berusia 15 tahun terkejut melihat keadaan kakaknya.

“Sepatutnya dia ambil adik dia dari sekolah tapi dia tak datang. Adik dia balik jalan kaki.

“Lebih kurang pukul 2.30 adiknya telefon, beritahu kakaknya berlumuran darah dan tangan dia putus,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Katanya, siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu.

“Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.