Bila pergi kedai makan, selalunya pekerja yang mengambil pesanan akan mengulang sebut semula makanan yang dipesan supaya makanan yang sampai nanti sama dengan apa yang diinginkan.
Ya lah, kalau makanan salah nanti, makan masa lama pula nak menunggu. Lebih selamat jika mereka membuat double check terhadap pesanan yang diminta.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan kisah lucu yang terjadi kepada seorang gadis apabila pesanan minuman yang dibuat telah disalah tafsir oleh pekerja restoran.
Menurut video yang dikongsi, gadis bernama Syahirah ini membuat pesanan teh ais mangkuk di sebuah restoran di tempat asalnya iaitu Johor bersama bapanya untuk makan.
Namun apa yang menggelikan hati gadis ini dan bapanya, cara pekerja restoran yang disinggahi mereka sungguh tidak disangka-sangka apabila minumannya betul-betul dihidangkan di dalam mangkuk.
“Aku sebab lama sangat tak balik Johor, jadi macam ni eh? Aku order teh ais mangkuk tapi dia letak betul-betul dalam mangkuk. Jem otak!”
Sebenarnya, maksud teh ais mangkuk adalah minuman itu dibungkus ke dalam plastik, kemudian diletakkan di dalam mangkuk.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat air teh ais yang dihidangkan oleh pekerja restoran berkenaan yang salah anggap tentang “teh ais mangkuk”.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman pernah mengalami situasi yang sama dimana pekerja tidak memahami pesanan yang dibuat oleh mereka.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Bukan awak dah lama tak mai joho.. depa yang tak mai kl😂😅”
“Nightmare become reality. Aku memang takut kedai tak paham. Noh kedai ni betul2 tak paham.”
“dah mitak macam tu sangat😆”
“Serius ni kelakar 😂😂😂😂😂”
“aku pernah kene mcm ni dekat muar,johor”
“only at johor😂😂”
“betul la tu dia tak salah 😂😂”
“Dia x salah,dia orgnya jujur dan lurus 🤣🤣🤣🤣🤣”
Video yang tular di laman TikTok