Connect with us

Viral

Gadis Trauma Pemandu Grab Ajak ‘Main’, Siap Offer Bayaran RM200

Gangguan seksual adalah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini melalui lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal.

Perkara ini bukan lah satu isu yang baru dalam kalangan masyarakat dan tidak dinafikan kaum wanita merupakan mangsa utama kerana dianggap lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita diganggu oleh seorang Uncle E-Hailing mencuri perhatian ramai.

Menerusi laman Twitter wanita ini iaitu @IsmaDalilah, dia berkongsi satu voice note dimana dia diajukan beberapa soalan yang kurang menyenangkan sewaktu menaiki Grab.

“Girls out there tolong hati hati bila naik Grab, uncle ni awal awal tu dia tanya I “mana boyfriend”, then I cakap I takde boyfriend, pastu lama sikit tu dia diam, lepas tu dia cakap “nak tanya satu soalan boleh”, then dia tanya I pernah main ke?” katanya di ruangan kapsyen.

Sebagai langkah berjaga-jaga, gadis ini membuat satu laporan polis berkenaan isu tersebut dan hal ini bukan sahaja mendapat perhatian daripada warga maya malah juga mendapat perhatian daripada Grab Team sendiri.

Difahamkan, kini Grab Team telah menggantung akaun pemandu E-hailing tersebut sepanjang kes berjalan dan akan mengenakan tindakan yang sewajarnya.

Voice Note yang tular:

Dalam masa yang sama, para netizen juga akui ‘seram’ dengan perkara tersebut dan memberikan pelbagai tips buat mereka yang menaiki kenderaan dengan stranger terutamanya wanita.

Antara reaksi netizen:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.