Connect with us

Semasa

“Kalah gaji ada degree,” Iklan Gaji Pembantu Rumah Buat Warga Twitter Berdebat

Tidak dapat dinafikan, ibu bapa yang berkerjaya di Malaysia sering kerja kuat hingga pulang lewat sampai terpaksa menyerahkan tugas rumah kepada orang lain.

Demi mencari rezeki dalam memenuhi keperluan seharian, ada yang terpaksa mengupah pembantu rumah untuk mengambil alih tugas menjaga anak dan memasak.

Baru-baru ini kecoh di Twitter apabila sebuah iklan mencari pembantu rumah di Facebook telah menawarkan gaji yang terlalu tinggi malah dianggap tidak masuk akal!

Iklan itu dibuat di sebuah page Facebook bernama Maid In Malaysia, khas untuk mencari pembantu rumah.

Iklan yang dibuat oleh wanita berbangsa Cina bernama Denise Chong menimbulkan tanda tanya ramai kerana gaji yang ditawarkan lebih tinggi berbanding gaji seorang siswa dan siswazah!

Antara tugas yang perlu dibuat adalah menjaga dua orang kanak-kanak berumur 6 dan 10 tahun, memasak dan membersihkan rumah.

Namun ada juga yang bersetuju dengan gaji yang diletakkan kerana menurut mereka menjadi seorang pembantu rumah bukanlah suatu yang mudah. Mereka harus bangun di awal pagi dan menyediakan segala keperluan yang disuruh majikan.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan tidur selepas semua kerja rumah selesai. Oleh itu, berbaloilah harga itu ditawarkan untuk membayar segala kepenatan pembantu rumah tersebut.

Tweet yang tular di laman Twitter

Melihat di ruangan komen, pelbagai reaksi dan pandangan telah diberikan. Ada yang akui walaupun mempunyai kelulusan universiti, gaji mereka masih belum melepasi gaji yang ditawarkan dalam iklan tersebut.

Berikut antara komen-komen diberikan netizen di Twitter


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.