Connect with us

Viral

“Gambar terakhir dengan Abah” Gadis Ini Kongsi Detik-detik Terakhir Ayahnya ‘Pergi’ Selepas Majlis Pertunangan

Rindu yang tidak berpenghujung, begitulah ibaratnya jika kita kehilangan orang yang tersayang.

Tambahan pula mereka merupakan insan yang penting dalam hidup kita. Namun apakan daya, kita tidak mampu melawan kehendak Ilahi.

Ayah pergi selepas hari bahagianya

Menerusi perkongsian daripada seorang gadis ini di laman Twitternya, Afariza Hanim yang turut bersedih apabila ayahnya pergi selamanya selepas hari bahagianya.

Apa yang paling memberi kesan pada gadis ini adalah, foto yang diambil semasa hari pertunangannya itu menjadi memori terakhir bersama ayah tercinta.

Ini gambar terakhir saya dengan arwah abah

“Siapa sangka ini menjadi gambar terakhir saya dengan Arwah abah. Dari Dia kita datang, dari Dia kita kembali. Mohon sentiasa doakan dia. Semoga tenang disana Abah”.

Bunyi macam sesak nafas dari arwah abah

“Tiba-tiba, mama saya dengar bunyi macam sesak nafas dari arwah abah. Mama terus buka lampu dan tengok katil dah basah dengan air”.

“Dalam pukul 2.30, mama terus kejutkan kami adik beradik untuk check apa yang jadi dengan abah. Kemudian, abang ipar call 999”.

“Sementara tunggu ambulance datang, kami buat CPR dulu. Ambulance datang pukul 3 dan dihantar ke hospital berdekatan”.

Doktor bagitau abag dah kembali ke rahmatullah

“Doktor cuba lagi CPR dan intubate sampai pukul 4.15 pagi. Pukul 4.15 pagi tu doktor bagitahu abah dah kembali ke rahmatullah”.

“Kami uruskan jenazah abah di surau yang berdekatan dengan rumah. Dikebumikan pada pukul 11 pagi di tanah perkuburan yang dekat dengan rumah juga”.

Baru selesai majlis perkahwinan kakak dan pertunangan saya

“Kira baru selesai majlis perkahwinan kakak dan majlis pertunangan saya. Dan alhamdulillah saya belum balik ke Perancis.

“Jadi, saya boleh mandikan arwah. Apa yang berlaku ni semua ada hikmah-Nya. Katanya lagi, arwah ayahnya meninggal akibat serangan jantung”.

“Dia dan keluarga redha dengan pemergian insan tercinta yang bernama ayah. Semoga arwah tenang bersama golongan orang yang beriman”. 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.