Pada zaman yang semakin canggih kini, pelbagai kemudahan telah disediakan apatah lagi jika ingin membeli barangan atas talian seperti Shopee, Lazada, Shein, Carousell dan banyak lagi.
Secara tak langsung dengan adanya kemudahan ini, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga kita untuk membeli sesuatu barang yang kita inginkan.
Pun begitu, Banyak cerita lucu yang kita sering dengar di media sosial mengenai barangan yang dipesan malah ada juga yang tidak sama seperti dalam gambar yang diiklankan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini berkongsi sebuah kisah lucu tentang barangan yang dibelinya melalui atas talian mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @springreturn, pada awalnya dia ingin membeli airpod di Shoppee.
Namun setelah parcel sudah sampai, dia terekejut melihat saiz airpod yang sangat besar dan lebih besar daripada tapak tangannya.
“Konon nak order ipod..sekali sampai tu dia.. besor kalah tapak tangan.. ipod untuk telinga gajah” katanya.
Berikut merupakan video yang tular:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 197.2K tontonan, 7317 tanda suka, 308 komen dan 461 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan rupa bentuk airpod tersebut yang kelihatan sangat besar dan tidak boleh dipakai pada telinga manusia.
“itu sumbat telinga gajah pun tak muat”- Netizen
Dalam masa yang sama, para netizen juga sempat berseloroh meminta lelaki tersebut untuk menggantungkanya di leher dan menggunakan ‘loudspeaker’ untuk menjawab.
Beriku merupakan komen warga maya:
“gantung dekat leher bang”
“Boleh buat pubg ni”
“Makkkk aii terkejut dennn HAHAHAHA”
“RIP eardrum”
“Dah macam hair dryer”
“Ini satu kampung boleh dengar sekali”
“ni kalau tak dengar lagi tak tahu laaaa”
“hebat ni, orang tak cakap lag dah boleh dengar dah apa dia nak cakap”