Tidak asing lagi dengan kita terutama sekali yang beragama Islam tentang adab menziarah kubur. Sejak di bangku sekolah lagi kita sudah diajar untuk menghormati tanah perkuburan.
Selain tutur kata yang sopan, kebersihan haruslah dijaga setelah selesai menziarah.
Yang terjadi kepada kubur selebriti viral Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya Bibi Ardiansyah yang terletak di Tanah Perkuburan Umum Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta terpaksa dikunci untuk urusan membaik pulih.
Hal ini terjadi kerana kubur mereka dua kelihatan serabut dan semak secara tak langsung menyebabkan berlakunya banyak kerosakan akibat sesetengah penziarah yang tidak bertanggungjawab.
Keadaan kubur menjadi lebih teruk apabila datangnya orang ramai dan YouTuber yang mengambil kesempatan atas berita duka ini untuk mengambil gambar, selfie dan membuat ‘content’ semata-mata untuk platform media sosial mereka.
Menziarah bukan kerana berasa simpati namun sebaliknya.
Sebuah video telah dikongsi oleh adik ipar Vanessa Angel, Frans Faisal mengungkapkan rasa kecewanya tentang segelintir orang yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kubur abang dan kakaknya dikunci.
Dalam video tersebut juga ada memaparkan bunga-bunga mawar yang dibawa bersama oleh orang ramai bersepah di atas kubur. Gambar muka mereka juga lesap!
Oleh itu, ibu bapa mahupun keluarga terdekat juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan tersebut. Mereka hanya mampu menziarah dan berdoa dari luar pagar perkarangan kubur.
“Tak pernah terfikir dalam perjalanan hidupku, melihat orang tuaku duduk dengan tatapan kosong seperti begini,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Frans juga sempat mengucapkan terima kasih di dalam postingnya itu kepada semua yang datang menziarah kubur kakaknya namun meminta jasa orang ramai agar menghargai dan tidak menyebabkan kerosakan yang lebih banyak lagi kepada kubur itu agar kubur itu berada dalam keadaan baik dan rapi.
Untuk pengetahuan semua, pasangan suami isteri ini, Vanessa dan Febri atau lebih mesra disapa Bibi telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada hari Khamis, 4 November yang lalu.
Menurut sumber KAPANLAGI, kedua-duan jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan.