Connect with us

Viral

Gara-Gara Double Park, Pemandu Merc Patahkan Side Mirror & No Plat Kereta Viva Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Isu ‘double park’ seolah-olah tidak akan pernah habis terutamanya bagi mereka yang duduk di kawasan bandar dimana sentiasa sesak dengan kenderaan.

Namun, jika sudah terdesak, sekurang-kurangnya tinggalkan lah nombor telefon untuk dihubungi ataupun tidak menarik handbrake agar mudah untuk dialihkan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah pemilik kereta Perodua Viva yang memarkir kenderaannya secara ‘double park’ di hadapan sebuah klinik.

Susulan perkara tersebut, pemandu kenderaan jenis Mercedes berwarna hitam mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kenderaanya daripada petak parkir.

Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya dia berjaya mengeluarkan kenderaannya namun oleh kerana masih rasa tidak berpuas hati, lelaki tersebut bertindak aggresif dengan mematahkan no plat dan memecahkan side mirror kereta tersebut.


Usai sahaja merosakkan kenderaan itu, dia bagaimanapun berlalu pergi tanpa rasa bersalah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan pemandu mercedes yang dianggap keterlaluan dan tidak berhati perut. Manakan tidak, kereta sudahpun berjaya dikeluarkan namun masih bertindak merosakkan kenderaan orang lain.

Bukan itu sahaja, netizen juga beranggapan mungkin pemandu tersebut double park kerana ada kecemasan ataupun urusan penting.

Netizen juga menyifatkan tindakan pemandu Mercedes itu nyata salah disisi undang-undang kerana telah merosakkan harta benda awam.

Pun begitu, ada juga segelintir yang menyokong tindakan leaki tersebut atas dasar ingin memberi pengajaran agar tidak meletakan kenderaan merta tempat apatah lagi menghalang kenderaan lain.

Antara komen warga maya:

“Rosakkan kereta orang ni bukan jalan penyelesaian terbaiksebab dia boleh je keluarkan cuma kena pakai skill sikit”

“Aku tengok elok jer dia keluarkan kereta kat situ.. mentaliti orang tak berkembang tunjukkan perangai tak elok”


“Paling kuat viva tu kena saman halang lalu lintas je..yang merc tu teruk.. boleh cas merosakkan harta benda..”

“padan muka si viva tu..”

“Tindakkannya kasar.. tapi dalam kes itu ada eloknya.. bagi pengajaran sikit.. jangan suka-suka double park..”

Video yang tular:

Continue Reading
Advertisement