Connect with us

Viral

Gara-Gara Raya Mengejut, Lelaki Ini Menggayakan Baju Melayu Tak Siap Buat Ramai Terhibur

Raya kali ini cukup istimewa kerana rata-rata daripada kita ‘excited’ menyambut lebaran setelah 2 tahun berdepan dengan pandemik. Mana kan tidak, setelah sekian lama tidak dapat beraya dengan ahli keluarga dan kali ini kita semua dapat berkumpul dan menikmati suasana pagi raya seperti sedia kala.

Bagi melengkapkan hari raya, pasti ramai yang sibuk membuat juadah raya seperti aneka biskut, lemang, ketupat dan banyak lagi malah ada juga yang sibuk mencari baju raya yang cantik.

Pun begitu, lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi situasi dimana dia menyarung satu baju melayu yang agak ‘unik’ mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @hzqfzan, kelihatan dia mengenakan baju ‘badang’ namun agak lucu kerana ianya merupakan baju melayu yang tidak mempunyai lengan.

Difahamkan, baju raya nya itu tidak dapat disiapkan oleh kerana raya mengejut yang diumumkan awal sehari daripada tarikh yang ditetapkan.

Bahkan dia sempat berseloroh dengan mengatakan bagaimana dia hendak pergi solat raya dengan penampilan itu yang nyata lain daripada yang lain.

Tidak cukup dengan itu, dia juga sempat memuat naik sebuah lagi video dimana ingin bertanyakan pendapat orang ramai bagaimana hendak menggayakan baju tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@hzqfzan baju raya badang #fyp #fypdongggggggg #raya2022 ♬ original sound – foreppppp

@hzqfzan weh korang kena tolong aku pilih! #fyp #fypdongggggggg #raya2022 ♬ follow for more raya remix – *ੈ✩‧₊˚HarryRaya*ੈ✩‧₊˚

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan penampilan uniknya dek kerana raya mengejut tahun ini.

“pakai je bang mana tahu nanti baju ni trend” – Netizen

Dalam masa yang sama, ramai juga berkongsi pengalaman ‘kelam kabut’ mereka apabila mengetahui bahawa raya awal sehari.

Berikut merupakan komen warga maya:

“lahhh macam ni pun ada ek, baju raya aoa kau beli ni bang..”

“sempat lagi tu bang kalau nak cantum lengan baju..”

“tiba2 raya.. rendang belum basuh.. baju belum masak.. rumah belum gosok lagi..”


“baju raya mana kau kutip ni bang”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.