Pelbagai ragam yang dapat kita lihat oleh pelajar memandu, ada sahaja benda aneh yang dibuat. Manakan tidak, pertama kali bawa kereta di atas jalan raya pastinya perasaan gemuruh itu ada.
Sama juga ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar di sekolah memandu dipercayai gementar dan tertekan pedal sehingga masuk ke dalam longkang mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @irfnhkim9, kelihatan sebuah kereta berjenama Perodua Axia yang kemek disebabkan insiden itu.
Difahamkan, Pelajar itu tersebut sedang berlatih untuk ujian zigzag dan mungkin disebabkan terlalu gemuruh, dia telah tertekan pedal sejauh 70 meter dan mengakibatkan kemalangan yang tidak disengajakan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagatnya yang terlalu gemuruh sehingga tertekan pedal minyak ketika hari pertama belajar memandu.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga berharap agar budak tersebut tidak berasa trauma malah mencuba sehabis baik untuk mendapatkan lesen memandunya kelak.
Antara komen warga maya:
“macam cikgu aku ecen dia biarkan aku drive sorang tapi dia still ada kat sebelah cuma dia tidoq”
“dulu masa i ambik lesen pun sama cikgu expect dah pernah bawa kereta walaupun dah bagitau i first time pegang stereng”
“cikgu aku tak pernah tinggal, even dia tak duduk dalam kereta sekalipun, dia ada je kat tepi kereta jalan kaki tengok aku”
“Aku pun pernah kena, cikgu nak gi tandas dia suh practise sendiri, aku taknak, memang tunggu dia habis membuang dulu baru sambung”
Video yang tular di TikTok: