Sejak mulanya sesi persekolahan Isnin lalu, macam-macam kerenah kanak-kanak dapat kita lihat.
Yang lebih kelakar, pada hari kedua ada yang sudah mula enggan ke sekolah gara-gara tidak biasa dengan persekitaran baharu.
Persis kisah ibu ‘menggertak’ anak lelakinya dengan ke sebuah balai polis di Sarawak dek kerana menangis tidak mahu pergi sekolah.
Menerusi video oleh @abellascentzhq di TikTok, dilihat kanak-kanak bernama Aydeen yang mengenakan baju pra-sekolah ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai.
Anggota polis berkenaan memahami situasi sebelum ‘berlakon’ seolah mahu menahan Aydeen sekiranya dia masih tidak mahu ke sekolah.
Si ibu turut dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah.
“Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjara. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.
Aydeen kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain berjanji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis itu.
Sejak rakaman ini dimuat naik beberapa hari lepas, jumlah tontonannya telah berjaya mencecah sehingga 986.8 serta meraih 66.3 ribu tanda suka!
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan tindakan wanita ini yang benar-benar membawa si anak ke balai polis berhampiran kerana yang enggan pergi sekolah.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“terus tambah satu lg jabatan tugas polis iaitu Jabatan Disiplin Murid😅😂😂”
“terima kasih kak sbb buat video nie..sy tnjuk kt ank sy “tgok nie dia xnk pegi skola polis nk tangkap..” trus dia ajk pegi skolah kak..😅😅😅”
“nohhhh😂😂😂 mak dia bawa pi balai polis terus😅 hihiii”
“mak nya pun 😭 trus bwa g balai polis 😂”
“ngam juga la dgn tagline kat pintu balai polis sana, “polis dan masyarakat berpisah tiada” hahaha 🤣🤣🤭”
“abg polis tu pun btl2 main peranan… 🤣🤣, klu aku dh Berdekah dah tu.. tak pasal2 terjebak. 🤣🤣🤣”
“HHAHAHAHA wey betul3 haa gi balai😂😂 kalau kita dulu mak acah2 call polis je😂😂”
Video yang tular di laman TikTok