Pengaruh Filem animasi Upin dan Ipin dikalangan kanak-kanak nyata tidak dapat disangkalkan lagi. Manakan tidak, sudahlah karakternya yang comel dan mudah difahami, malah ianya juga mempunyai cara yang tersendiri untuk menyampaikan amalan baik dan nilai murni kepada anak-anak kecil yang menontonnya.
Mengisahkan tentang kehidupan sepasang kembar bernama Upin dan Ipin di sebuah kampung disamping pelbagai karakter sampingan yang lain, sudah pasti kita mengetahui betapa akrabnya persahabatan diantara Upin, Ipin, Ehsan, Fizi, Mei Mei, Jarjit, Mail dan ramai lagi.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki benar-benar menghayati kisah persahabatan dalam cerita Upin & Ipin sehingga mengalirkan airmata mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @badlinaiziyani, kelihatan seorang wanita merakam gelagat anaknya yang sedang menonton cerita Upin & Ipin di televisyen.
Pun begitu apa yang menarik adalah, anaknya itu dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengeluarkan air mata apabila melihat salah satu episod Upin & Ipin yang ditayangkan.
Rupa-rupanya, eipsod yang ditayangkan itu memaparkan Ehsan pindah rumah dan berpisah dengan rakan-rakannya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat perkara tersebut malah akui berdepan situasi yang sama dimana turut sedih melihat scene itu.
Tapi rupa-rupanya ada plot twist di dalam cerita itu dimana Ehsan hanyalah berpindah di sekitar kawasan kampung itu sahaja.
Antara komen warga maya:
“Tapi part yang kelakar Ehsan just pindah area situ je”
“Takpe dik nangis je, akak yang besar pun nangis tengok Upin Ipin”
“Wehh comelnya adik ni.. ramut dia pun macam Ehsan”
“Takpe dik akak pun menangis tengok scene Ehsan pindah rumah.. tau2 je prank!”
“Hahaha sis sama macam anak saya, beria nangis cakap Ehsan nak pindah”
“Eeee dia comel laaaa… makin nangis makan comel”
Video yang tular di laman TikTok: