Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya ternanti-nanti kehadiran cahaya mata.
Namun begitu, bukan semuanya berakhir dengan kegembiraan. Sepertiu satu kisah yang dikongsikan oleh seorang Peguam Syarie, Amalina Adam menerusi satu perkongsian di Facebook menceritakan tentang kisah si suami kecewa apabila mendapat tahu bahawa isterinya telah hamil benih lelaki lain.
GEMBIRA BERTUKAR DERITA!
Saya hendak berkongsi sedikit ringkasan kisah yang mana datang seorang lelaki yang bergelar suami untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubungan tentang masalah yang dihadapinya ketika ini.
Saya cuba untuk membantu dan masih dalam siasatan lanjut. Bermulanya kisah ini apabila mereka telah berkahwin hampir tiga tahun lamanya dan tidak pernah dikurniakan cahaya mata.
Belum ada rezeki katanya dan masih berusaha secara tradisional dan juga melalui rawatan pakar.
Selepas setahun bernikah, isteri tersebut merayu untuk bekerja di sebuah kilang. Tanpa berfikir panjang terus suami tersebut pun bersetuju untuk membenarkan isterinya bekerja atas alasan bolehlah isteri tersebut dapat membantu meringankan bebanan tanggungan isi rumah.
Isteri tersebut sangat gembiralah apabila akhirnya dapat juga beliau bekerja dan mempunyai rakan-rakan untuk “me time” kelak.
Setelah hampir setahun bekerja, isteri mula buat perangai. Apa sahaja suaminya buat, semuanya serba tidak kena. Termasuklah suami menegur isterinya suka pulang lewat malam sedangkan waktu bekerja sehingga jam 5 petang sahaja.
Kadangkala alasan isteri terlebih “me time” katanya bukan ada siapa pun di rumah yang hendak dilayannya.
Hanya mengadap muka suami sahaja, penat juga katanya. Suami pun mula berasa terkilan dengan kata-kata isterinya termasuklah menyesal pula beri kebenaran isterinya bekerja.
Disebabkan malas nak bertekak bergaduh bermasam muka, suami pun malas sudah untuk menegur sikap isterinya yang kerap pulang lewat malam sehinggalah ada seorang rakan suami tersebut memberitahu bahawa isterinya selalu sangat bergaul dengan budak-budak lelaki satu kilang dengan rakan kepada suaminya sehingga ada yang berkata isteri tersebut adalah seorang “janda”.
Suami tersebut pun mulalah melakukan siasatan sebelum menerima secara terbuka aduan rakannya itu.
Apabila suami tersebut bertanya, isterinya menjawab hanya berkawan sahaja. Suami bertindak untuk merampas telefon isterinya tetapi dihalang keras oleh isteri.
Suami membiarkan sahaja sehingga suami tersebut mendapat idea dengan membuka telefon isteri dengan alasan untuk semak baki akaun dalam applikasi bank isteri tersebut.
Secara pantasnya suami tersebut juga terus membuat pendua jari ketika isteri sedang leka berbual dengan jiran.
Pada malam hari yang sama, isteri tersebut berasa tidak sihat dan meminta suami membawanya ke klinik berdekatan. Hendak dipendekkan cerita, isteri tersebut disahkan hamil.
Suami tersebut sangatlah gembira dan tidak sabar untuk memberitahu kepada semua ahli keluarganya termasuk orang-orang kampung.
Malangnya kegembiraan itu hanyalah seketika sahaja apabila keesokkan harinya suami tersebut cuba mengakses telefon isteri ketika isteri sedang mandi.
Kuasa pendua jari yang telah dibuat sebelum ini, suami berjaya membuka telefon isteri tersebut.
Suami membuka dan membaca semua sms dalam applikasi Whatsapp isteri tersebut, ternyata isteri telah berlaku curang apabila isteri memberitahu bahawa dirinya telah hamil hasil hubungan haramnya mereka!
Lelaki tersebut bekerja satu kilang dengannya. Hancur hati suami tersebut! Rupanya curang isteri sehingga membawa kepada penzinaan!
Mereka telah bersiap sedia untuk menyambut berita gembira ini bersama-sama apabila isterinya mula bekerja semula di kilang tersebut selepas selesai cuti sakit.
Dipendekkan cerita, segala perbualan melalui sms di dalam whatsapp tersebut dijadikan bahan bukti untuk meminta isteri tersebut menjawab di dalam mahkamah kelak.
Suami bersedia mengambil tindakan undang-undang melalui mahkamah dan tidak terburu-buru membuat keputusan secara peribadi. – waallahu’alam.