Connect with us

Viral

Geng Isteri ‘Prank’ Suami, Auto Jadi Boria Bila Semua Pakai Baju Sama Masa Berjumpa Undang Dekah Netizen

Bercuti bersama keluarga besar adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan apatah lagi jika anda seseorang yang memang kaki bercuti. Sudah pasti banyak plan yang bermain di fikiran seperti tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi, kedai makan viral dan banyak lagi. Yelah, alang-alang dah bercuti kan?

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baur ini di mana para isteri merancang satu ‘prank’ yang tak tercapai dek akal mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @BenzZahid, dia berkongsikan situasi dimana dia dikenakan oleh isterinya untuk memakai baju sama dengan ahli keluarga yang lain.

“Kalau tetiba wife korang beriya belikan baju then suruh pakai masa nak pergi holiday dengan family, hati-hati. Itu mungkin perangkap. Aku, biras-biras serta pak mertua baru je jadi mangsa” katanya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, mereka akan bergerak ke Langkawi bersama beberapa ahli keluarga yang lain. Tetapi, apa yang suami masing-masing tidak tahu adalah mereka sebenarnya telah dikenakan oleh isteri sendiri yang memaksa mereka untuk memakai baju warna putih dengan corak yang sama.

Setibanya mereka ditempat berkumpul, masing-masing kelihatan ketawa sesama sendiri melihat baju mereka yang sama itu.

Video yang tular di laman Twitter:

Siapa sangka, kini video yang berdurasi 1 minit 3 saat itu telah pun meraih 289.3K tontonan, 14.2K tanda suka dan 6242 ulang kicau di applikasi Twuitter.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat reaksi para suami yang terkejut melihat baju masing-masing kerana tidak menyangka diri mereka di prank oleh para isteri.

“Kalau tak pakai standby lah menghadap isteri tarik muka” – Netizen

Antara reaksi warga maya:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.