Beberapa hari yang lepas, Linda Onn meluahkan perasaannya di Twitter berkenaan peniaga tepi jalan. Di dalam tweet tersebut Linda menyatakan bahawa peniaga zaman sekarang dengan senang lenang dapat berniaga di tepi jalan tanpa perlu membayar sewa sehingga RM9,000-RM10,000 berbanding dengan beliau yang terpaksa membayar sewa untuk membuka kedai.
Selang beberapa hari kemudian, seorang peniaga mendakwa gerainya telah disita oleh MPAJ. Di dalam tweet pemilik gerai tersebut menyatakan bahawa gerainya telah disita dan berterima kasih kepada Linda Onn dan mengatakan MPAJ sudah pun menjalankan tugas mereka.
https://twitter.com/AmirulDzulkarn9/status/1028639728789143554
Kebanyakan warga maya twitter menzahirkan rasa simpati kepada pemilik gerai tersebut. Malah ada yang menyalahkan Linda Onn seolah-olah Linda menjadi punca kepada kejadian tersebut.
Di dalam satu tweet terbaru, Linda Onn telah memohon maaf dan dia sendiri tak sangka gerai tersebut disita MPAJ.
Malah Linda Onn menawarkan pemilik gerai tersebut untuk berjumpa dan memberikan bantuan seperti mendapatkan lesen berniaga.
Mana tahu mungkin rezeki peniaga jalanan itu untuk berkembang maju dengan bantuan Linda Onn nanti.