Ramai diantara kita yang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan makanan kegemaran mereka malah ada yang sanggup pergi ke negeri lain untuk mendapatkan makanan tersebut.
Sama juga dengan penggemar tulang gearbox, sum-sum tulang ibarat permata yang sangat berharga dan sering menjadi buruan.
Boleh dikatakan, rasa rugi dan tak puas hati apabila tak dapat memakannya.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana aksi seorang wanita mengeluarkan sum-sum tulang mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @pakehofficial, Seorang peniaga yang mengusahakan pelbagai hidangan tulang gearbox telah menerima kunjungan beberapa orang pelanggan di kedai makannya.
Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia melihat pelanggannya sangat gigih mengeluarkan sum-sum tulang sehingga menghentakkan tulang itu pada pinggan makan.
Jika diteruskan berulang kali, pinggan tersebut boleh pecah dan membawa kerugian pada peniaga namun pada ketika itu peniaga dilihat tidak melarang sebaliknya terhibur dengan gelagatnya itu.
“Kata nya sampai harini sis ni tak dapat rasa lemak geatbox tu…” ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan cara wanita tersebut mengeluarkan sum-sum tulang kerana menurut mereka, itu merupakan cara yang salah.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang menasihatkan wanita ini untuk menggunakan straw agar ianya lebih mudah untuk dikeluarkan.
Antara komen warga maya:
“jgn ketuk.. owg slalu nye telan je 1 tulang tu”
“masa duduk pasir gudang selalu pekena nasi goreng gearbox 👍👍”
Video yang tular: