Terdapat pelbagai cara untuk mengiklankan perniagaan kita seperti di platform facebook, Intagram, Tiktok dan bermacam lagi malah masih ada menggunakan kaedah lama iaitu dengan mengedarkan flyers selertu brochur mahupun pamphlets.
Sering kali kita lihat flyers diletakkan di pintu pagar rumah, bawah pintu, dalam raga motorsikal dan juga diselitkan di wiper cermin kereta.
Pun begitu, seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana kertas iklan tersebut melekat di bahagian cermin kereta wanita ini mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amieranuwar, difahamkan brochur promosi iftar ramadhan tersebut melekat di cermin kerana adanya hujan malah dia meluahkan rasa geram dan mengingatkan penjual agar tidak meletakkan kertas di atas cermin kereta.
“Ey aku nak marah, kau nampak cermin aku.. lain kali jangan letak dekat sini abang-abang kakak-kakak kalau nak menjual pun” ujar wanita tersebut.
Menurut sebuah lagi video yang dimuat naik, wanita itu mendedahkan bahawa penjual lelaki tersebut menghubunginya untuk berjumpa dan meminta maaf atas kelakuannya malah tidak menyangka ianya akan menjadi begitu.
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga ingin bertanggungjawab dengan menanggung servis basuh kereta di mana-mana kedai namun wanita tersebut menolak.
Mereka berdua saling memohon maaf dan dalam masa yang sama wanita tersebut tampil menjelaskan dia tidak ada niat untuk menutup periuk nasi orang lain cuma berasa geram pada ketika itu apabila dia perlu membersihkan cermin tersebut lebih kurang 30 minit.
Wanita ini juga menganggap lelaki tersebut ‘gentleman’ kerana berani bertemu dengannya dan mengaku kesilapannya yang meletakkan flyers di tempat yabg tidak sesuai.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.1M tontonan, 133.6K tanda suka, 2615 komen dan 605 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen salute dengan sikap lelaki tersebut kerana datang berjumpa untuk meminta maaf terhadap wanita itu.
Antara komen warga maya: