Connect with us

Selebriti

“Dah letak phone tapi cakap love u” GF Azri Tutup Call Masa Interview, Identiti Azra Buat Netizen Curiga

Kebelakangan ini, nama Azri Iskandar menjadi bualan ramai apabila dikatakan melafazkan talak kepada pelakon veteran iaitu Ellie Suryati sekaligus menambah kontroversi apabila dikatakan Azri sedang menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang wanita bernama Azra.

Terdahulu, timbul isu tentang profil sebenar bakal isteri kepada Azri yang dipercayai bernama Dr Azra juga seorang penulis skrip namun tiada sekeping gambar pun yang menampakkan wajah wanita tersebut bahkan akaun Facebook itu juga seolah-olah akaun palsu.

Terbaru, Pihak Melodi berkesempatan berjumpa dengan Azri Iskandar untuk mengulas isu tersebut. Di dalam temu bual berkenaan, Azri sempat menghubungi Azra namun bagaimana pun dia meletakkan panggilan selepas mengetahui perbualan itu dirakam.

“Baby, boleh tak you cakap sekejap apa yang dia tanya…” ujarnya

Wanita itu juga memberi alasan dia sedang sibuk shooting akan tetapi dia memaklumkan perkara tersebut dalam keadaan berbisik.

Azri Iskandar turut terkejut dengan situasi tersebut dan dia juga memohon maaf kepada pihak media sekaligus mengatakan dia akan berkongsi dengan lebih lanjut tentang Azra setelah berjumpa dengan keluarga bakal isterinya di Perlis.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan dengan kejadian tersebut apatah lagi bila panggilan sudah diletak oleh Azra namun Azri tetap mengatakan ‘take care’ dan ‘i love you’.

Dalam masa yang sama, netizen juga berharap Azri dapat lebih berhati-hati selain risau jika benar tertipu dengan ‘love scammer’.

Antara komen warga maya:

“risau kena love scam je, orang tua kan”

“dia macam tak okay je”


“sian dia kena scam”

“risau.. love scam kot nihh”

Video yang tular di laman TikTok:

@biznezwomen Betul orang cakap,masa bercinta cium kentut pon wangi🤣 #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypindonesia2021 #azri #elliesuriaty ♬ الله عملت ترند – :):

@biznezwomen Balas kepada @sniz_28 hahaha ghisauu kadang..😂 #fypmalaysia🇲🇾tiktok #fypindonesia2021 #ellysuriaty #azri ♬ الله عملت ترند – :):

 

Terdahulu, bekas isterinya Ellie Suriaty mempersoalkan mengenai kewujudan individu bernama Dr Azra yang dikatakan kekasih kepada bekas suaminya Azri Iskandar.

Menurut Ellie, biarpun telah berpisah, dia langsung tidak berdendam dengan Azri, namun isu tersebut membuatkan dia tidak senang dengan apa yang menimpa bekas suaminya itu.

Ellie berkata, sehingga kini identiti sebenar wanita dikatakan Dr Azra itu masih belum diketahui, malah dia bimbang sekiranya ia sekadar permainan.

“Saya dah hidup 19 tahun dengan Azri. Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, tapi pada saya Dr Azra ini kena munculkan diri.

“Saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.

“Saya tak suka la kalau orang main-main dengan Azri. Anak-anak dan rakan pun buat carian di internet dan tidak keluar, kalau search mesti everything ada.

“Hidup ini mesti dengan kebenaran, ini kehidupan manusia. Siapa dia yang sebenarnya, scammer atau peminat? Kewujudannya tak jelas.

“Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok,” katanya.

Ditanya berhubung pandangan orang ramai tentang musibah menimpa Azri yang dianggap karma kerana menganiaya hidup Ellie, pelakon Mat Kilau ini menganggap ia adalah satu ujian.

“Tapi saya tak hukum dia pun, saya tarik diri dan saya halal dan ikhlaskan semua. Jangan hukum dia.“Harap orang bersama dengan dia betul-betul ikhlas, jangan menyorok, jangan malukan dia,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.