Connect with us

Viral

“Gi haji 2 kali sehari” Beli Keledek Goreng Tapi Isinya Senipis Kulit Bawang Buat Ramai Kesal

Tidak dinafikan, kos sara hidup sememangnya semakin meningkat membuatkan para peniaga susah hati memikirkan harga barangan yang turut naik saban hari.

Iospital phone repair gombak

Pun begitu, ianya bukan ‘tiket’ untuk para peniaga mengaut keuntungan tiga atau empat kali ganda daripada jualan dengan alasan ‘harga barang naik’ dan akhirnya menganiaya orang lain.

Terdahulu, pernah tular di media sosial dimana pelanggan merungut apabila membeli kuih karipap yang intinya hanya sesudu kopi sahaja malah ramai yang menggelar kuih tersebut sebagai ‘karipap oksigen’.

Terbaru, isu tersebut seakan berbangkit semula tapi kali ini bukanlah karipap tetapi keledek goreng yang seringkali dijual di kaki lima.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @gadiskubur, keledek yang sepatutnya tebal disaluti tepung yang crunchy tapi kali ini sangat nipis.

Menerusi hantaran video itu, dia meluahkan rasa kekecewaan dengan menulis komen yang sarkastik, “gi haji 2 kali sehari ni makcik ya,” katanya

“mak cik nak pergi mana nipis-nipis ni makcik,” tambahnya mengenai keledek goreng yang senipis kulit bawang itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut meninggalkan komen sarkastik disamping berkongsi pengalaman masing-masing mengenai perkara tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengakui kenaikan harga barang bukanlah penyebab peniaga tidak menjaga kualiti barangan terutamanya makanan.

Antara komen warga maya:

“dengan harga diorang jual tu..kalau beli goreng sendiri lagi banyak…agak-agak lah yang meniaga tu…kami faham barang mahal tapi kalau macam ni memang boleh buat orang geram…”


“hiris nipis gitu untuk buat kerepek ok lah ni…buat cucur ubi nipis tu tak berasa apa agak-agak lah kalau tepung naik harga sekali pun…”



“trend sekarang kot macam keropok lekor…aritu tengok roti garlic nipis macam tu pastu bagi mushroom soup…”


“aiyooo nipisnya pastu kalau jual ikut harga sama standard dengan yang jenis tebal…risau tak berkat jelah…”


“oh nii…tisu celup tepung kan…”

Video yang tular di laman TikTok:

@teratai93gi haji 2 kali sehari ni makcik ye

♬ Funny Song – Cavendish Music

Continue Reading
Advertisement