Connect with us

Viral

Gigih Siapkan Assignment Walaupun Nak Nikah, Usaha Bakal Pengantin Ini Buat Netizen Kagum

Setiap bakal pengantin pasti menanti-nantikan hari pernikahan mereka kerana ianya merupakan penyatuan dua hati ke arah hubungan yang halal bahkan ianya juga diraikan oleh keluarga sanak saudara dan rakan-rakan yang lain.

Pun begitu, bukan lah satu perkara yang mudah jika bakal pengantin tersebut merupakan seorang pelajar pemegang ijazah? sudah pasti tanggungjawab yang perlu dipikul itu sangat besar.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bakal pengantin yang sempat menyiapkan assignmentnya di hari pernikahannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi viedo yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fafffff3, kelihatan pengantin itu sedang berada di dalam biliknya sambil fokus menaip sesuatu di laptop.

Rupa-rupanya, dia yang akan bernikah pada hari tersebut perlu menghantar assignmentnya pada masa yang sama atas permintaan pensyarah.

Dia yang pada ketika itu sedang mengenakan busana putih hanya mampu tergelak kecil disaat rakannya merakam dirinya.

“Nasib baik groupmate memahami, bagi kerja senang ja,” tulisnya.

Berikut merupakan video yang tular:

@fafffff3Sebaik groupmate memahami, bagi keja senang ja♬ space song –

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 676.5K tontonan, 54.3K tanda suka, 365 komen dan 931 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap pengantin tersebut yang masih gigih menyiapkan assignment walaupun itu merupakan hari bahagianya.

“Struggle is real. Jangan lupa justified, spacing 1.5, Arial, hahaha isteri cemerlang ni” – Netizen

Antara komen warga maya:

“terlampau banyak assignment kami terpaksa buat last minute”

“tak dapat jadi ratu sehari”

“saya pesan sapa nak kawin kena bagitau saya untuk check time tu exam ke tak , dia tak bagitau.. hah sekali keluar jad exam”


“struggle is real”

“ni mesti sehari sebelum pesan kat group”

“goodluck”

“takleh imagine if kawin time study”

“hahahaha sama weh…”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.