Connect with us

Viral

“Gila talak” Tak Boleh ‘Move On’ Bekas Isteri Makin Lawa, Lelaki Siap Panjat Pagar Rumah Buat Netizen Berang

Kita sering diingatkan agar befikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan apatah lagi jika ianya merupakan keputusan yang besar seperti penceraian.

Pun begitu, ada juga yang hanya ikutkan hati untuk bercerai dan akhirnya menyesal dikemudian hari.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Facebook mendedahkan tentang bekas suaminya yang ‘gila talak’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu telah memaklumkan bahawa dia telah diceraikan bekas suami ketika sedang hamil anak kedua mereka gara-gara lelaki itu ingin mengahwini wanita lain yang merupakan skandalnya.

Dapat kita lihat, suaminya itu melakukan pelbagai aksi pelik untuk mengganggu dirinya dan anak-anak malah sehinggakan mengganggu ketenteraman jiran tetangga.

Difahamkan, lelaki tersebut kembali tertarik kepada jandanya itu yang kelihatan semakin cantik, langsing, dan lemah-lembut ketika dia melawat anak-anaknya di rumah bekas isteri.

“Walaupun sudah ada bini baru muda, lelaki melayu itu tetap nampak jandanya lagi cantik.”

Dek kerana itu, lelaki tersebut tidak dapat ‘move on’ dan bertindak untuk menarik perhatian bekas isterinya semula sehingga wanita ini terpaksa melarang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak atas faktor keselamatan.

“Antara gangguan bekas suami sejak 2 tahun lepas adalah mengelilingi rumah, memanjat pagar rumah, menjerit-jerit untuk mengaibkan kami sekeluarga.”

Tidak cukup dengan itu, dia juga memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis terhadap semua gangguan bekas suami namun tiada tindakan susulan yang diambil oleh pihak polis sehingga kini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap bekas suami yang tidak berperikemanusiaan melafazkan cerai ketika isteri sedang hamil zuriatnya yang kedua.

Malah netizen juga geram lelaki tersebut ‘menyesal’ dan ingin rujuk semula bukan kerana perbuatannya yang kejam malah kerana bekas isteri kembali cantik.

Video yang tular di laman Facebok:

REPORT POLIS TERKINI 15 JUN 2022 ADALAH UNTUK PERINTAH SEKATAN KE ATAS BEKAS SUAMI

Laporan Polis ini dibuat berhubung gangguan terhadap Penjawat Awam iaitu saya……
Gangguan berterusan oleh bekas suami setelah kami bercerai telah menjejaskan kehidupan saya, keluarga dan anak-anak.

Antara gangguan bekas suami sejak 2 tahun yang lepas sehingga yang terbaru pada 11/6/2022 dan 12/6/2022 adalah:

1) Membunyikan hon bertalu talu di hadapan rumah saya.

2) Menggunakan pembesar suara di hadapan rumah sambil menjerit jerit untuk mengaibkan kami sekeluarga.

3) Mengelilingi rumah, memanjat pagar rumah, di samping menjerit-jerit serta menyanyi sehingga memyebabkan saya, anak-anak serta jiran tetangga ketakutan dengan perbuatan beliau.

4) Menyekat saya semasa terserempak di hadapan KPJ Perdana ketika memandu di jalan raya serta membuli dengan mengambil gambar saya dan merakam video saya tanpa sebab, sehingga saya terpaksa berlindung di IPK Kota Bharu pada tarikh….. (Bukankah perbuatan jahat begini di bawah Akta Pembuli Jalanraya???) hashtag #PDRM #JPJMalaysia

5) Menyebarkan fitnah serta mengaibkan saya dan keluarga, mengganggu serta bergaduh dengan penduduk Kampung…… pada tarikh……

6) Bekas suami membuat Report Polis Palsu pada tarikh…….. yang menyebabkan saya disoalsiasat oleh dua Pegawai Polis dari IPD Pasir Mas yang memperkenalkan diri mereka sebagai “Special Branch (SB) Bukit Aman dari Cawangan IPD Pasir Mas.”

Dengan ini saya memohon siasatan Pihak Polis terhadap gangguan dan fitnah yang saya terima sejak sekian lama ini disiasat di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan Fitnah Bagi Tujuan Mendatangkan Aib dan Menjatuhkan Maruah serta Akta Gangguan Terhadap Penjawat Awam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.