Majlis pernikahan dan persandingan merupakan perkara yang indah serta membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.
Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang ‘perfect’ pada hari ijab dan kabul mereka seperti pelamin yang indah, baju yang cantik dan juga makeup yang on point.
Malah, sudah pasti pasangan mempelai sangat menitik beratkan bab ‘catering’ atau makanan untuk para tetamu apatah lagi doorgift yang menarik untuk dierikan kepada tetamu buat kenang-kenangan seperti biskut, gelas, kain, yassin, tasbih dan banyak lagi.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini berkongsi gelagat suaminya yang membawa pulang goodies rare mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadnadianzia, difahamkan dia tidak dapat turut sama hadir ke majlis kenduri tersebut kerana anaknya mengantuk untuk tidur.
Namun apa yang membuatkannya terkejut kerana menyangka suaminya membawa pulang nasi kenduri dan bungkus untuk diberikan kepadanya.
Pada awalnya dia akui malu tetapi siapa sangka rupa-rupanya itu adalah goodies dari tuan rumah untuk tetamu.
Apabila membuka bungkusan tersebut, alangkah terkejutnya apabila melihat ada Nasi Minyak dan Daging Goreng Kunyit beralaskan pinggan kaca.
Beliau juga memikirkan, satu kerja pula dia untuk membasuh pinggan tersebut dan memberi kembali kepada tuan rumah tersebut. Suami beliau menegaskan bahawa mereka tidak perlu berbuat demikian kerana ini adalah tradisi dan adat tuan rumah untuk memberi cenderahati tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat goodies tersebut dan akui ianya sangat rare kerana selalunya pihak mempelai akan menyediakan kek, yassin, tasbih ataupun kerepek.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan ia merupakan tradisi orang terdahulu dan ramai terkejut ianya masih digunapakai sehingga ke hari ini.
Antara komen warga maya:
“Kalau kenduri tahlil kampung memang dapat macam ni.. kadang pulut durian kalau musim”
“Rare goodies kenduri.. cara lama kita buat balik pada zaman sekarang..”
“Teringat last tengok macam ni masa time kenduri tahlil moyang meninggal dulu..”
“Ni style zaman atok nenek tahun 50 an ni..”
“Bagusnya.. tinggal basuh tangan makan..”
Video yang tular di laman TikTok: