Connect with us

Viral

Guna Banyak Barang Elektrik Tapi Bil Tak Melambung, Lelaki Kongsi Tip Kekal Jimat

Zaman sekarang ni memang hampir sepanjang waktu hidup kita bergantung kepada barangan elektrik. Bukan sahaja memudahkan tetapi menjimatkan masa!

Walau bagaimana pun, kalau tak kena dengan caranya, jumlah bil elektrik yang harus dibayar akan melambung tinggi. Terutama sekali bagi individu yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.

Baru-baru ini seorang lelaki bernama Mohd Azerin Roslan telah berkongsi cara untuk menjimatkan bil elektrik di Facebook.

Azerin turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan bil elektrik di rumahnya berjumlah kurang daripada RM100!

Padahal, lelaki tersebut mempunyai lapan orang ahli keluarga di rumah. Oleh itu, sudah pasti banyak barangan elektrik yang akan digunakan.

Tambahan pula dengan cuaca panas yang tidak menentu, kehadiran air-cond memang sudah pastinya menjadi penyelamat keluarga mereka.

Menurut Azerin, tabiat berjimat memerlukan disiplin yang tinggi. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Berikut antara amalan yang diamalkan oleh Azerin untuk mengelakkan daripada membayar lebih.

1. Sejak awal lagi sudah pasang lampu energy saver. Tahu tak lampu kalimantang kuat makan api.

2. Menggosok baju sekali banyak bukan nak pakai baru nak gosok. Iron guna api yang banyak bila nak capai suhu yang diset.

3. Air cond set mod Dry dan timer. Mod Dry tidak memaksa compressor Air cond bekerja sepanjang masa. Makluman Air cond rumah bukan jenis converter. Biaser-biaser sahaja.

4. Tutup lampu selepas digunakan. Ini perlu disiplin tinggi selain ambil tanggungjawab tolong tutup kalau ada yang terlupa.

5. Tidak meletakkan peralatan elektrik pada mod standby kerana masa api digunakan walaupun kecil. Off dan cabut plug.

6. Mengenal pasti barang elektrik menggunakan api yang kuat. Vacuum elektrik, Iron, Microwave , PC high spec dan sebagainya kuat guna api.

7. Sebelum masuk tidur akan buat round periksa barangan elektrik, lampu, kipas dan sebagainya yang tidak ditutup dan cabut plug bila tidak digunakan.

Ada yang mengatakan plug tak dicabut tidak ada significant pun sebab dah Off. Terpulang pada masing-masing malas nak argue bab ini.

Amalan saya selepas guna barangan elektrik akan cabut plug. Kalau beli barangan elektrik yang mempunyai energy saver rating adalah bonus sebab harganya tak murah.

Saya sudah buktikan tanpa barangan elektrik yang mempunyai converter boleh buat penijimatan sebab tabiat dan cara pengunaan.

Semoga bermanfaat dan taraf kos kehidupan meningkat marilah berusaha buat penjimatan ikut kemampuan masing-masing.

Antara gambar dalam hantaran yang dibuat oleh Azerin di Facebook

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.