Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran zuriat bagi mneceriakan lagi mahligai yang dibina.
Zuriat bukan sahaja menjadi penyeri rumah tangga malah kehadiran anak-anak juga bakal menjadi peneman ketika kita di usia tua.
Cubaan gugurkan kandungan wanita ini dalam bahaya
Namun begitu, setiap dari kita pastinya mempunyai masalah tersendiri. Ada yang terlalu kerap mengandung hingga tidak mampu untuk membesarkan anak-anak mereka.
Pastinya seorang wanita yang mempunyai naluri ibu tidak mudah untuk melakukan sesuatu keatas kandungan yang berada di dalam rahimnya.
Menerusi satu muatnaik oleh Dr. Muhammad Izzat di laman facebook miliknya, beliau berkongsi satu kisah seorang wanita yang cuba menggugurkan kandunganya.
Keadaan faraj bleeding teruk
Dr. Muhammad Izzat tampil berkongsi kisah mengenai seorang wanita yang berumur 35 tahun datang ke hospital dalam keadaan faraj bleeding teruk.
“Hello. Assalamualaikum Dr Izzat, gynae oncall harinikan? Waalaikumussalam. Ya saya. Sapa di sana?”.
“Saya Dr Ain dari Zon Merah (Jabatan Kecemasan). Nak refer satu kes. Maaf ganggu boss time time gini”.
Ibu itu kelihatan pucat dan tidak bermaya
“Ok teruskan. Kes ape tu Ain?. 35 tahun, katanya period banyak since semalam. Masa datang tu nampak pucat dan tak bermaya”.
“Bila check BP lowish, tachycardic (tekanan darah rendah dan nadi laju). Kain dia pakai tu basah separuh. Dia ada bawak gak kain dari rumah. Kain tu penuh darah”.
Tekanan darah jatuh menjunam dengan nadi laju
“UPT dah buat?. Baru hantar lab boss. Nnti saya trace urgent”.
“Ok jap saya datang review”. Setelah review dan history taking, memang pesakit ni hilang banyak darah”.
“Tu yang tekanan darah nya jatuh menjunam dengan nadi laju ( hypovolemic shock )”.
Pesakit hanya cakap period
“Rutin saya, bila pesakit datang dengan pendarahan dari faraj sebegini memang akan buat pemeriksaan speculum (yang macam muncung itik tu)”.
“Walaupun pesakit cakap hanya period saya akan periksa juga. Yela kan, mana tahu ada sebab-sebab lain yang sebabkan pendarahan banyak. Sikit atau banyak – memang satu kemestian untuk buat”.
Pangkal rahim seakan ditoreh benda tajam
“Speculum dimasukkan. Darah-darah beku yang menganggu view dibersihkan guna sponge forceps”.
“Cari punya cari, finally boleh nampak pangkal rahim (cervix) dengan jelas. Alhamdulilah”.
“Yang menjadi tanda tanya, cervix nye seakan-akan ditoreh dengan benda tajam, ada benda selaput putih seakan-akan kulit ayam menjulur keluar dari cervix (serpihan janin)”.
Pasir yang melekat pada pangkal rahim
“Saya pun bersihkan area cervix tu sekali lagi, untuk dapatkan lebih gambaran jelas pada cervix. Lap punya lap, cervix terasa kasar, seolah-olah bergerutu”.
“Gauze yg digunakan utk pembersihan tu diteliti, rupanya ada pasir melekat pada cervix”.
Awak buat apa sebenarnya kerana nyawa awak dalam bahaya
“Pasir ??. Sofia (bukan nama sebenar), kenapa ada pasir kat bawah ni? Awak buat apa sebenarnya”.
“Berterus terang dengan saya. Kalau awak terus biarkan saya berteka teki jam 3 pagi ni, nyawa awak dalam bahaya”.
Kerana masalah kewangan, ibu ini bertindak gugurkan kandungan
“Maka pesakit (sofia) pun memulakan ceritanya. Kehamilan ke 5 ni tidak dijangka kehadirannya, tidak mengamalkan perancangan keluarga sebelum ini”.
“Anak no 4 baru berumur setahun. Atas kesempitan hidup dan kewangan, beliau bertindak untuk menggugurkan kehamilan”.
Saya berjumpa bidan dan dia guna buluh runcing
“Beliau mengambil keputusan untuk berjumpa bidan Mak Esah. Dia gunakan buluh runcing katanya boleh pecahkan kantung bayi tu dan janin boleh keluar”.
“Memula pendarahan sikit je Doktor. Lama kelamaan dah terlampau banyak sampai dia taktau nak buat apa. Disuruhnya saya pegi ke hospital”.
“Mata yang kuyu pada jam 3 pagi terus menjadi buntang. Rasa mengantuk terus hilang”.
Ada sebab kenapa saya bebel pasal perancangan keluarga
“Ada sebab kenapa saya bebel kat wad hari-hari untuk mak-mak ni amalkan perancangan keluarga (family planning) selepas bersalin”.
“Jalan cerita, kisah serta watak telah diubah dari kisah sebenar untuk menjaga privasi pesakit”.
Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua supaya bertindak menggunakan saluran yang betul sebelum melakukan sesuatu perkara.
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!