Connect with us

Viral

Guna Bunga Api Untuk Meriahkan Majlis Kahwin, Hari Bahagia Berakhir Dengan Kebakaran

Setiap pasangan yang menjalinkan hubungan percintaan sudah pasti menginginkan pengakhiran yang bahagia dengan mengikat pertalian halal.

‘Sekali seumur hidup’ itulah ayat yang sering kita dengar daripada mulut mereka yang hendak mendirikan rumah tangga yang menyebabkan mereka tekad untuk mengadakan majlis persandingan secara gah dan besar-besaran.

Tidak hairanlah jika ada yang menghabskan duit berpuluh ribu demi meraikan hari bahagia mereka.

Bagaimana pun, baru-baru ini tular sebuah video mengenai sebuahmajlis perkahwinan yang pada awalnya berjalan lancar akan tetapi berubah menjadi tragedi mendapat perhatian ramai.

Menerui video hasil perkongsin seorang pengguna TikTok @pestamoi itu memaparkan majlis perkahwinan yang dilangsungkan di dalam dewan sambil dimeriahkan dengan nyalaan bunga api.

Namun, Tidak berapa lama selepas bunga api itu dinyalakan, kemeriahan tersebut bertukar menjadi kelam kabut apabila percikan api daripada bunga api tersebut menyambar perhiasan yang terdapat di kawasan itu sehingga membuatkan apinya semakin marak.

Dapat kita lihat beberapa orang di tempat kejadian berusaha untuk cuba memadam api dengan mengunakan air selepas melihat api itu semakin marak.

Oleh kerana masih dalam keadaan terkejut, para tetamu yang hadir dilihat tidak berganjak daripada tempat kejadian sehinggalah api mula menyambar perhiasan lain yang berada di atas meja tetamu.

Video yang tular di laman TikTok:

@pestamoi Cepetan lari ! #dekorasilamaran #dekorasiakad #Lazada1212Meriah#SultanCadburyHazelnut ♬ suara asli – lolipopdisemutin

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 835.2 tontonan, 41.9K tanda suka, 1250 komen dan 1262 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata para netizen simpati dengan apayang sudah berlaku kepada majlis tersebut dan dalam pada masa yang sama warga netizen juga menyalahkan orang yang memberi idea untuk memasang bunga api di dalam dewan tersebut kerana menganggap ianya perkara yang tidak wajar dek kerana ruangan yang agak padat.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.